awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidil kecewa gagal beraksi 90 minit pada final Piala Malaysia 2017

Bernama
Bernama
05/11/2017
08:23 MYT
Aidil kecewa gagal beraksi 90 minit pada final Piala Malaysia 2017
Mohd Aidil Zafuan yang sudah membuat 67 penampilan bersama JDT, dibawa keluar pada minit ke-60 untuk digantikan dengan Junior Eldstal. - Gambar fail
Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak mengakui kecewa apabila tidak dapat beraksi 90 minit pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang menyaksikan JDT melakar kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Kedah di Stadium Shah Alam, pada Sabtu.
Mohd Aidil Zafuan yang sudah membuat 67 penampilan bersama JDT, dibawa keluar pada minit ke-60 untuk digantikan dengan Junior Eldstal sewaktu pasukannya sedang mendahului 1-0 selepas diusung keluar akibat kecederaan.
"Sebenarnya saya masih lagi boleh beraksi hingga ke wisel penamat tetapi perkara ini terjadi mungkin disebabkan salah faham sahaja, namun itulah hakikatnya sesebuah perlawanan yang sangat penting. Keputusan cepat harus dibuat.
"Cuma perasaan kecewa tidak dapat beraksi 90 minit itu tetap ada kerana ini adalah perlawanan akhir, saya ingin memberikan segalanya yang termampu untuk mencapai kejayaan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini, semalam.
Bagaimanapun beliau tetap gembira apabila disenaraikan jurulatihnya, Ulisses Morais dalam kesebelasan utama pada perlawanan tersebut meskipun beliau sebelum ini lebih banyak berada di bangku simpanan berikutan masalah kecederaan yang dialami sepanjang musim ini.
"Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi kepercayaan untuk saya beraksi pada final walaupun musim ini saya tidak begitu konsisten dan banyak terlepas perlawanan kerana kecederaan yang berulang," tambah pemain dari Negeri Sembilan itu.
Pada aksi final semalam, tandukan deras Mohd Aidil Zafuan berjaya meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan seawal minit ketiga permainan sebelum penyerang kelahiran Argentina, Gonzalo Gabriel Cabrera menyumbat gol kedua untuk mengesahkan kemenangan JDT.
Kejayaan menjulang Piala Malaysia itu menyaksikan JDT berjaya menamatkan penantian 26 tahun selepas kali terakhir trofi kejuaraan itu berada di selatan tanahair pada 1991 ketika Johor menewaskan Selangor 3-1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidil Zafuan Abdul Razak
#JDT
#Kedah
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan