awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidil mahu bukti bukan sekadar 'penumpang'

Astro Arena
Astro Arena
01/02/2022
21:09 MYT
Aidil mahu bukti bukan sekadar 'penumpang'
Aidil tekad mahu menambat hati barisan kejurulatihan, dengan membuat latihan tambahan sebagai inisiatif sendiri. - Foto Astro ARENA
PERSEORANGAN lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, mahu membuktikan dirinya bukan penumpang dalam skuad kebangsaan dan mampu menjadi tambah nilai dalam pasukan untuk membantu Malaysia mencapai sasaran ke separuh akhir Kejohanan Berpasukan Asia 15 Februari depan.
Ia bakal menjadi persaingan yang sengit namun sihat dalam pasukan kebangsaan dengan masing-masing mahu cuba memikat hati pengendali perseorangan lelaki negara, Hendrawan.
Aidil antara perseorangan lelaki yang disenaraikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk saingan Kejohanan Berpasukan Asia yang akan dilangsungkan di Setia Alam, Selangor.
Secara keseluruhan, BAM menyenaraikan enam pemain perseorangan termasuk tonggak utama, Lee Zii Jia.
Aidil pernah disenaraikan menjadi sebahagian daripada skuad Piala Thomas di Aarhus Oktober tahun lalu, namun dia langsung tidak diturunkan.
Susulan itu, Aidil tekad mahu menambat hati barisan kejurulatihan, dengan membuat latihan tambahan sebagai inisiatif sendiri.
"Jika saya terpilih untuk beraksi oleh jurulatih, saya akan memberikan yang terbaik dalam memastikan mata buat skuad kebangsaan dalam saingan itu nanti," katanya.
Topic Berkaitan
#badminton
#Aidil Sholeh Ali Sadikin
#Kejohanan Berpasukan Asia
#latihan tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan