SUKAN

Air mata bersejarah kemenangan pertama Indonesia dalam Piala Dunia

Astro Arena 10/11/2025 | 23:50 MYT
Kejayaan Indonesia menewaskan Honduras 2-1 menjadi saksi ratusan peminat yang hadir, sekali gus menyaksikan Indonesia menghuni kedudukan ketiga berbanding tempat tercorot. - Foto Astro ARENA
SEJARAH tercipta apabila Indonesia berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam Piala Dunia bawah 17 tahun (B-17) di Qatar, awal pagi tadi.

Selepas mengharungi dua perlawanan, Garuda Muda itu akhirnya membuahkan keputusan positif meskipun tersungkur awal.

Evandra Florasta serta Alberto Fadly memastikan Indonesia tidak pulang dengan gagal, sebaliknya tiga mata pertama itu wajar diberi pujian.

Kejayaan Indonesia menewaskan wakil rantau Amerika, Honduras, 2-1 menjadi saksi ratusan peminat yang hadir.

Ia sekali gus menyaksikan Indonesia menghuni kedudukan ketiga berbanding tempat tercorot.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Namun, apa yang pasti ialah mereka tetap tersingkir, dan perjalanan terhenti di peringkat Kumpulan H apabila merekodkan dua kekalahan kepada dua pasukan handalan dunia.

Skuad kendalian Nova Arianto itu membuka tirai aksi dengan tunduk kepada Zambia 1-3, sebelum tewas 0-4 terhadap Brazil.

Satu video di laman rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup memuat naik detik istimewa ubi muda negara itu yang akan pulang tanpa penyesalan. Sebuah prospek masa hadapan terbaik buat bola sepak Indonesia.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



#Indonesia #bola sepak #Piala Dunia #Piala Dunia B-17