[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Aira mara ke final Terbuka Bermuda

Bernama 03/05/2025 | 00:30 MYT
Pemain skuasy negara, Aira Azman mara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman, pada pusingan separuh akhir awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara, Aira Azman mara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman, pada pusingan separuh akhir awal pagi tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Devonshire, Bermuda itu pemain berusia 20 tahun berkenaan bermula kurang baik apabila tewas set pertama 4-11.
Bagaimanapun, pilihan pertama kejohanan itu bangkit memenangi tiga set berikutnya 11-4, 11-8, 11-6 untuk mara ke perlawanan akhir pertamanya pada musim ini.
Menanti Aira di pusingan akhir esok adalah pilihan kedua dari Mesir, Hana Moataz yang menewaskan rakan senegara, Amina El Rihany.
Hana bagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum menang 7-11,11-7, 7-11,11-7, 11-9 dalam aksi yang berlangsung hampir sejam.
-- BERNAMA
#Aira Azman #Skuasy #Kejohanan Terbuka Bermuda 2025 #Devonshire Bermuda