Akademi Mokhtar Dahari gagal menepati tujuan - Syed Saddiq

Bernama
Oktober 5, 2018 13:44 MYT
Syed Saddiq (kanan) ketika lawatannya ke Akademi Mokhtar Dahari di Gambang hari ini. - Twitter/@imalianaNewsMPB
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan pelbagai kepincangan dalam Akademi Mokhtar Dahari (AMD) hasil lawatan mengejutnya di akademi bola sepak berkenaan dekat Gambang di sini, hari ini.
Beliau berkata akademi dibina dengan harga RM85 juta itu dilihat gagal menepati tujuan pembinaannya sebagai pusat latihan dalam melahirkan bakal pelapis Mokhtar Dahari di negara ini, dan bakat bola sepak bertaraf antarabangsa berikutan serba kekurangan dari segi kemudahan latihan dan peralatan.

saya sempat mencuri masa untuk melawat Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang setelah mendengar banyak komen daripada para jurulatih/ibu bapa/orang awam. Saya kesini untuk melihat sendiri bagaimana sebenarnya keadaan AMD. pic.twitter.com/SFs2ClyWdB

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya difahamkan dalam masa 6 bulan, sudah ada lebih daripada 700 defects dan hanya 83 sahaja yang sudah dibaiki oleh main con setakat ini pic.twitter.com/svL2RnOyD4

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sangat kecewa sebaik melihat sendiri permasalahan berlaku di AMD terutama berkaitan kemudahan dan peralatan di situ. Lebih menyedihkan perkara asas melibatkan aspek pemakanan tidak diberi penekanan sehingga ada pemain terpaksa berlapar kerana makanan disediakan tidak menepati kualiti ditetapkan.

Mereka hanya diberikan sarapan dan makan malam. Lunch di SSM Pahang lepas tu berjalan kaki balik ke AMD. Mereka terpaksa seludup sendiri makanan. Mereka tidak dapat makanan yang secukupnya. pic.twitter.com/cnufaPFCpA

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hanya lebih kurang 2 sahaja kelas yang lengkap dengan meja dan kerusi. Kelas yang lain kosong. Kosong. pic.twitter.com/8kvy0Xyd5Y

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Masalah lain pula seperti bola sepak digunakan untuk latihan tidak mencukupi hingga memberi kesan terhadap prestasi pemain termasuk padang latihan yang dilanda banjir," katanya kepada pemberita di sini.

Gym langsung tiada. Yang ada hanyalah bilik gym yang kosong. pic.twitter.com/Pb0Q8plp0t

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam video, ada tunjuk gahnya ada hydrotheraphy tapi bila kesini tak boleh guna sebab dah rosak dan bocor. pic.twitter.com/N8YugwtB8N

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau meluangkan masa lebih dua jam melawat akademi itu selepas mendapat maklum balas pada sesi dialog bersama beberapa peminat bola sepak tanah air di Kuala Lumpur semalam, yang memintanya membuat audit mengenai segala peruntukan diberikan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
Turut mengiringinya Pengurus AMD, Yusof Ibrahim.
Syed Saddiq berkata faktor ketirisan juga dikesan berlaku di akademi berkenaan menyebabkan misi melahirkan pemain berbakat di negara ini mahupun di peringkat Asia terjejas.
"Dalam hal ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ini kerana masalah ini terlalu besar dan ia perlu diselesaikan segera kerana membabitkan peruntukan sehingga RM85 juta. Bagi saya, kita jangan sesekali menyalahkan pemain jika gagal melahirkan pemain berbakat jika perkara asas tidak diberi keutamaan," katanya.
Mengenai 740 kerosakan dan kecatatan dikesan berlaku di AMD, beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memanggil kontraktor utama pembinaan akademi berkenaan pada 10 Okt ini.
AMD dirasmikan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 2014 melibatkan peruntukan RM85 juta dengan objektif membawa dimensi baharu dalam bola sepak negara dengan latihan berprestasi tinggi dan pendedahan bakat di peringkat antarabangsa. -- Bernama
#Akademi Mokhtar Dahari #Syed Saddiq