SPORTS
Akhiri musim dengan kemenangan, Manchester United ragut peluang Aston Villa ke UCL
Amad Diallo (kiri) berebut bola dengan Amadou Onana ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Aston Villa di Old Trafford, Manchester, England, 25 Mei 2025. (Foto AP)
MANCHESTER United padam hasrat Aston Villa beraksi di pentas Liga Juara-Juara (UCL) dalam kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris terakhir 2-0 Old Trafford malam tadi.
Amad Diallo dan Christian Eriksen menemui sasaran di Old Trafford, di mana Martinez dilayang kad merah apabila menjatuhkan Rasmus Hojlund pada separuh masa pertama.
United mendahului apabila Diallo menanduk masuk hantaran silang Bruno Fernandes pada minit ke-76.
Eriksen, yang bermain dalam aksi terakhir bersama United, menambah gol kedua menerusi sepakan penalti ketika finalis Liga Europa itu menamatkan saingan domestik dengan kemenangan dan kini di tangga ke-15.
Villa pula terpaksa menamatkan saingan di tempat keenam dan beraksi di pentas UEL selepas kekalahan itu, terlepas kedudukan kelima yang dihuni Newcastle United.