awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi liga baru bermula, tapi 8 kelab Indonesia sudah didenda

Astro Arena
Astro Arena
21/08/2025
00:15 MYT
Aksi liga baru bermula, tapi 8 kelab Indonesia sudah didenda
Liga Indonesia Baru membawa amaran daripada FIFA untuk tidak membenarkan penyokong pelawat dalam perlawanan bola sepak datang ke stadium. - Foto Astro ARENA
LIGA Super Indonesia yang melewati minggu kedua dengan 18 pasukan sudah beraksi dua kali menentang lawan masing-masing, menyaksikan beberapa insiden melibatkan beberapa kelab, memaksa Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) menjatuhkan hukuman sebagai permulaan.
Meninjau laman rasmi badan induk itu, Lembaga Jawatankuasa Disiplin PSSI menyenaraikan lapan kelab yang bertanding dalam liga utama Indonesia yang dikenakan penalti susulan melanggar peraturan ditetapkan.
PSM Makassar dan Persijap Jepara didenda dengan jumlah sama ekoran mengutip terlalu banyak kad kuning dalam satu perlawanan.
Sebagai fakta, jika sebuah kelab di Indonesia menerima terlalu banyak kad kuning, PSSI akan mengeluarkan denda sebagai peringatan untuk mencegah tingkah laku agresif berlebihan, selain mahu permainan berjalan secara adil dan bersih serta meningkatkan disiplin.
Sementara baki enam kelab dikenakan hukuman ekoran melanggar peraturan larangan untuk penonton pasukan pelawat hadir ke stadium.
Liga Indonesia Baru (LIB) membawa amaran daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk tidak membenarkan penyokong pelawat datang ke stadium.
6 Tim Liga 1 mendapatkan denda di pekan pertama terkait dengan adanya suporter, Total yang "didapat" Komdis dari suporter pada pekan pertama ini 230 Juta plus denda kartu kuning bagi PSM dan Persijap masing masing 50 juta Denda pekan pertama Total 330 juta. pic.twitter.com/zPzKbtO1YX
— Info Suporter Indonesia (@InfosuporterID) August 20, 2025
Hukuman dikenakan kepada kedua-dua pasukan dengan alasan pasukan tuan rumah gagal menghalang kemasukan penonton pelawat dan kelab yang bertandang juga dijatuhkan denda sama kerana tidak menghentikan agenda tersebut.
Madura United, Persis Solo, Persija Jakarta dan Persita Tangerang turut didenda kerana penyokong yang membaling botol minuman sehingga mengganggu permainan.
Topic Berkaitan
#penalti
#Liga Super Indonesia
#langgar peraturan kelab
#Persatuan Bolasepak Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan