awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi Liga Perdana PKNP FC-Perlis ditukar ke Stadium Batu Kawan

Bernama
Bernama
24/07/2017
00:15 MYT
Aksi Liga Perdana PKNP FC-Perlis ditukar ke Stadium Batu Kawan
Tarikh perlawanan dan waktu sepak mula kekal seperti jadual asal yang diluluskan oleh pengurusan Stadium Negeri Pulau Pinang dan dipersetujui oleh pasukan Perlis. - Gambar hiasan
VENUE perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan kelab PKNP FC dan Perlis di Stadium Perak, Ipoh, pada jam 9 malam, Selasa ini, ditukar ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Badan pentadbir liga, Fooball Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), dalam kenyataan pada Ahad, berkata tarikh perlawanan dan waktu sepak mula kekal seperti jadual asal yang diluluskan oleh pengurusan Stadium Negeri Pulau Pinang dan dipersetujui oleh pasukan Perlis.
"Pemeriksaan kedua padang Stadium Perak telah dilakukan oleh Pegawai Unit Pertandingan FMLLP bersama-sama wakil pasukan Perak dan PKNP FC serta pihak pengurusan Stadium Perak, Khamis lepas, yang mendapati padang di stadium ini berada dalam keadaan yang sangat tidak memuaskan dan tidak boleh digunakan," demikian menurut kenyataan tersebut.
Justeru, FMLLP telah mengarahkan Stadium Perak ditutup untuk satu tempoh untuk kerja-kerja baik pulih padang dijalankan sebelum mendapat kelulusan FMLLP bagi digunakan untuk perlawanan.
Selain perlawanan berkenaan, lima lagi aksi Liga Perdana akan turut berlangsung pada hari yang sama.
Perlawanan tersebut melibatkan pasukan Terenganu dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu; Polis Diraja Malaysia dan Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Melaka serta pertemuan MISC-MIFA dan Kuantan FA di Stadium Proton, Tanjung Malim.
Dua perlawanan lain membabitkan pertemuan di antara UiTM FC dan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium UiTM, Shah Alam serta aksi Sabah berdepan Johor Darul Ta'zim II di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Liga Perdana
#Perlis
#PKNS FC
#Stadium Batu Kawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan