SUKAN

"Aksi paling teruk dalam hidup saya sebagai jurulatih, pemain" - Jurulatih Selangor

Astro Arena 25/08/2025 | 00:10 MYT
Kinoshi beranggapan perlawanan malam tadi merupakan aksi 'paling teruk' dalam karier bola sepaknya sebagai seorang jurulatih mahupun pemain.
KETUA jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi beranggapan perlawanan malam tadi merupakan aksi 'paling teruk' dalam karier bola sepaknya sebagai seorang jurulatih mahupun pemain.

Selangor mendahului dalam separuh masa pertama menerusi tandukan Richmond Ankrah, namun, bergelut untuk menggandakan jaringan meskipun terdapat beberapa peluang terhidang.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kedua The Red Giants daripada tiga aksi Liga Super 2025/26 -kekalahan pertama kepada Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan sumbangsih musim ini.


"Perlawanan hari ini (malam tadi) merupakan aksi paling teruk dalam hidup saya sebagai jurulatih mahupun pemain, sangat teruk. Ini kerana kami ada banyak peluang dalam separuh masa pertama dan kedua tetapi tidak dapat gol kedua.

"Pasukan lawan kuat tetapi kami dihukum oleh mereka. Tidak cukup bagus." katanya. - Stadium Astro


#Liga Super #Selangor FC #The Red Giants #Katsuhito Kinoshi