awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa jalan sekitar Bukit Bintang ditutup sementara untuk pelancaran 'I LITE U'
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
Ketua PBB sifatkan gencatan senjata Kemboja-Thailand langkah positif ke arah keamanan berkekalan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi sempurna Bayern

Astro Arena
Astro Arena
04/03/2018
23:51 MYT
Aksi sempurna Bayern
Pemain Bayern Munich meraikan kejayaan selepas mendapat kelebihan 20 mata di puncak Bundesliga hasil kemenangan 4-0 ke atas Freiburg, 4 Mac, 2018. Foto stadiumastro.com
BAYERN MUNICH 4 FREIBURG 0
Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes, menaburkan pujian ke atas aksi cemerlang pasukannya selepas memiliki kelebihan 20 mata di puncak Bundesliga hasil kemenangan 4-0 ke atas Freiburg, semalam.
Kemenangan ini menyaksikan Bavarians kembali menemui rentak kemenangan selepas seri tanpa jaringan berdepan Hertha Berlin serta meletakkan mereka selangkah hampir untuk menjulang takhta liga yang keenam berturut-turut.
Jaringan sendiri daripada Alexander Schwolow dan percubaan Corentin Tolisso menyaksikan Bayern mendahului perlawanan 2-0 sebelum tamat separuh masa pertama sebelum Sandro Wagner dan Thomas Muller memastikan kemenangan mereka.
Bayern tidak menghadapi sebarang kesukaran mengawal gerakan lawan yang hanya meraih satu kemenangan daripada enam aksi liga dan Heynckes memuji keyakinan yang dipamerkan pasukannya.
"Pemain-pemain mempamerkan aksi sempurna," katanya.
"Ini merupakan antara perlawanan terbaik kami. Saya sangat gembira.
"Bukan hanya kami yakin bersama bola, tetapi permainan secara taktikal juga cemerlang."
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#Bundesliga
#Freiburg
#Hertha Berlin
#Jupp Heynckes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan