awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Panglima Tentera Darat bercuti, beri ruang siasatan SPRM - Menteri Pertahanan
7 maut, 10 cedera dalam nahas bas terbalik di wilayah pergunungan Vietnam
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi Tottenham-Burnley ditunda akibat salji tebal

Astro Arena
Astro Arena
28/11/2021
23:30 MYT
Aksi Tottenham-Burnley ditunda akibat salji tebal
Keadaan itu tidak selamat untuk mengadakan perlawanan walaupun ada kakitangan padang Burnley bertungkus lumus untuk membersihkan salji. - Astro ARENA
KUNJUNGAN Tottenham ke Burnley untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam terpaksa ditangguhkan ke hari lain yang akan ditentukan kelak berikutan cuaca buruk.
Kedua-dua pasukan telah bersedia untuk berhitung di Turf Moor itu tetapi keadaan bersalji tebal memaksa pegawai perlawanan untuk menangguhkan perlawanan dengan padang ditutup sepenuhnya.
Pengadil, Peter Bankes, menganggap keadaan itu tidak selamat untuk mengadakan perlawanan walaupun ada kakitangan padang Burnley bertungkus lumus untuk membersihkan salji.
Spurs dalam satu kenyataan berbunyi: "Kami boleh mengesahkan bahawa perlawanan menentang Burnley pada Ahad telah ditangguhkan kerana keadaan cuaca buruk."
Ribut Arwen telah melanda United Kingdom (UK) pada hujung minggu lepas namun baki perlawanan EPL yang lain dijangka akan diteruskan.
We can confirm that todays match against Burnley has been postponed due to adverse weather conditions. pic.twitter.com/8azBGHf3Pl
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 28, 2021
Topic Berkaitan
#bola sepak
#EPL
#salji
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan