SUKAN
Al Hilal digantung daripada Saudi Super Cup 2026-2027
Pemain-pemain Al Hilal menjulang trofi selepas memenangi final Saudi Super Cup pada 11 April 2024. - Gambar fail Reuters
RIYADH: Juara bertahan Al Hilal bakal digantung daripada menyertai saingan Saudi Super Cup musim 2026-2027 sekiranya mereka layak, selepas menarik diri daripada kejohanan musim ini, kata Jawatankuasa Disiplin dan Etika Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF), pada Selasa.
Keputusan itu diumumkan susulan penarikan diri kelab tersebut daripada kejohanan empat pasukan yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 23 Ogos di Hong Kong, dengan alasan pemain berhadapan keletihan selepas kempen Piala Dunia Kelab FIFA baru-baru ini.
Al Hilal tewas 2-1 kepada Fluminense pada aksi suku akhir pada 4 Julai lalu.
"Al Hilal menolak untuk menyertai Saudi Super Cup musim 2025-2026 selepas jadual rasmi kejohanan dikeluarkan," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
"Sehubungan itu, jawatankuasa memutuskan bahawa Al Hilal telah melanggar Perkara (59-3) Peraturan Tatatertib dan Etika dan dikenakan denda sebanyak 500,000 Riyal Saudi (kira-kira AS$133,000) yang perlu dibayar kepada SAFF."
Selain denda, Al Hilal juga digugurkan daripada sebarang ganjaran kewangan bagi musim ini dan digantung penyertaan dalam edisi 2026-2027.
Bagaimanapun, keputusan itu boleh dirayu.
Setakat ini, Al Hilal belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan tersebut.
Musim lalu, Al Hilal menjuarai Super Cup selepas menewaskan seteru utama mereka, Al Nassr - menjadikannya kejuaraan kelima, sekali gus memperkukuh rekod sebagai kelab paling berjaya dalam kejohanan itu.
Saudi Super Cup menemukan juara dan naib juara Piala Raja serta Liga Pro Saudi.
Al Hilal menamatkan saingan musim 2024-2025 di tempat kedua di belakang juara liga dan Piala Raja, Al Ittihad.
Al Hilal sepatutnya berdepan naib juara Piala Raja, Al Qadsiah dalam aksi separuh akhir pada 20 Ogos ini, namun tempat mereka kini digantikan oleh juara Liga Juara-Juara AFC, Al Ahli.
Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan Al Ittihad dengan Al Nassr pada 19 Ogos, selepas slot tambahan diberikan kepada Al Nassr selaku pasukan tangga ketiga liga. - Agensi