SPORTS
Al-Ahli mara ke final ACL Elit selepas tumpaskan Al-Hilal
Al-Ahli menewaskan seteru utama, Al-Hilal 3-1 dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara AFC Elit. - Foto AP
JEDDAH: AL-AHLI Saudi FC melakar kejayaan bergaya apabila menewaskan seteru utama, Al-Hilal 3-1 dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara AFC Elit di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Ringkasan AI
- Al-Ahli Saudi FC menewaskan Al-Hilal 3-1 dalam separuh akhir Liga Juara-Juara AFC Elit di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah, dengan sokongan lebih 50,000 penyokong.
- Roberto Firmino membuka jaringan pada minit ke-9, diikuti gol Ivan Toney pada minit ke-27. Al-Hilal bangkit dengan gol Salem Al Dawsari sebelum separuh masa, tetapi terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Kalidou Koulibaly dilayangkan kad kuning kedua.
- Feras Al-Buraikan menjaringkan gol pada minit ke-97, mengesahkan kemenangan mutlak Al-Ahli dan tempat mereka di final ACL Elit.
Disaksikan lebih 50,000 penyokong setia, Al-Ahli memulakan perlawanan dengan garang apabila bekas penyerang Liverpool, Roberto Firmino membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan.
Ivan Toney menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-27, sebelum Al-Hilal bangkit menjaringkan gol penting menerusi Salem Al Dawsari pada minit ke-42 untuk merapatkan kedudukan sebelum rehat.
Babak kedua menyaksikan Al-Hilal beraksi dengan 10 pemain selepas Kalidou Koulibaly dilayangkan kad kuning kedua.
Feras Al-Buraikan memastikan kemenangan mutlak Al-Ahli menerusi jaringan pada minit ketujuh masa kecederaan, sekali gus mengesahkan tempat ke final ACL Elit.
-- BERNAMA