awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alba dijangka terlepas aksi UCL, 'El Clasico'

Astro Arena
Astro Arena
16/02/2020
02:03 MYT
Alba dijangka terlepas aksi UCL, 'El Clasico'
Lionel Messi (kiri) berbual dengan Jordi Alba yang sedang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan La Liga Santander antara Barcelona dan Getafe di Camp Nou, Barcelona, Sepanyol, 15 Feb, 2020. REUTERS
BARCELONA 2 GETAFE 1
Kecederaan meletakkan Jordi Alba dalam keraguan untuk pertembungan Barcelona dengan Real Madrid pada 1 Mac depan ekoran masalah pangkal pahanya dalam kemenangan ke atas Getafe, awal pagi tadi.
Alba -- yang kerap dihimpit kecederaan musim ini -- terpaksa dikeluarkan pada minit ke-22 sebelum jaringan pembukaan Antoine Griezmann, yang diilhamkan oleh Lionel Messi, tercetus dalam aksi di Camp Nou itu.
Dia kemudian digantikan oleh Junior Firpo, yang memainkan peranan penting dalam jaringan Sergi Roberto -- untuk menjadi titik kemenangan selepas perlu bekerja keras untuk mengekang pelawat dalam babak kedua.
INJURY UPDATE | Tests have confirmed that Jordi Alba has an injured right adductor. He is out and his recovery will determine his availability. pic.twitter.com/jeyltdYUWM
— FC Barcelona (@FCBarcelona) February 15, 2020
Selepas menjalani ujian lanjut, Barca mengesahkan Alba mengalami masalah di bahagian pinggul kanannya.
Masih belum jelas berapa lamakah pemain berusia 30 tahun itu akan diketepikan tetapi penyertaannya dalam kedua-dua perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) dengan Napoli termasuk pertemuan 'El Clasico' dalam kesamaran.
Kemenangan itu membawa pasukan bimbingan Quique Setien itu berkongsi kedudukan puncak LaLiga di samping Madrid manakala skuad kendalian Zinedine Zidane berkenaan hanya akan beraksi pada awal pagi esok.
Topic Berkaitan
#barcelona
#Camp Nou
#cedera
#Getafe
#Jordi Alba
#Liga Juara-Juara
#Lionel Messi
#Real Madrid
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan