[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Alex Yoong mohon doa, harap dapat pulang ke negara esok

Astro Arena 15/04/2024 | 11:03 MYT
Alex Yoong, memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar dia dapat pulang dengan selamat ke tanah air esok. - Gambar Stadium Astro
Bekas pelumba Formula 1 (F1) negara, Alex Yoong, memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar dia dapat pulang dengan selamat ke tanah air esok.
Pengarah Perlumbaan Kejuaraan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) E-sport 2024 itu kini terkandas di Tehran, Iran selepas lapangan terbang di negara itu ditutup berikutan serangan ke atas Israel baru-baru ini.
"Harap-harap kami dapat pulang esok, doakan kami selamat," katanya ringkas ketika dihubungi Stadium Astro.
#Pelumba F1 #MAM E-Sport 2024 #lapangan terbang #tanah air