SUKAN

Al-Hilal hantar Manchester City pulang dari Piala Dunia Kelab

Sinar Harian 01/07/2025 | 07:49 MYT
Kemenangan dramatik ini menyaksikan Al-Hilal mara ke suku akhir dan bakal berdepan kelab Brazil, Fluminense. - Foto Reuters
KELAB Arab Saudi, Al-Hilal dari Arab Saudi mengejutkan gergasi Inggeris, Manchester City, dengan kemenangan 4-3 Pusingan 16 Piala Dunia Kelab dalam masa tambahan di Stadium Camping World pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Al-Hilal menewaskan Manchester City 4-3 dalam masa tambahan Pusingan 16 Piala Dunia Kelab 2025, sekali gus mara ke suku akhir menentang Fluminense.
  • Perlawanan penuh dramatik menyaksikan City mendahului awal, namun Al-Hilal bangkit dengan dua gol pantas sebelum kedua-dua pasukan terikat 2-2 dan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.
  • Marcos Leonardo muncul wira Al-Hilal dengan dua gol, termasuk jaringan kemenangan pada minit ke-113 yang menyingkirkan juara Liga Perdana Inggeris itu dari kejohanan.

Kemenangan dramatik ini menyaksikan Al-Hilal mara ke suku akhir dan bakal berdepan kelab Brazil, Fluminense.
Perlawanan sengit itu menyaksikan Manchester City mendahului seawal minit kesembilan menerusi Bernardo Silva.
Namun, Al-Hilal bangkit dengan dua gol pantas selepas rehat menerusi Marcos Leonardo dan Malcom dalam tempoh enam minit meletakkan The Boss di depan.
Biarpun begitu penyerang sensasi City, Erling Haaland menyamakan kedudukan untuk City pada minit ke-55, menjadikan kedudukan 2-2.
Aksi berlanjutan ke masa tambahan, dengan Kalidou Koulibaly meletakkan kelab yang berpangkalan di Riyadh itu kembali di depan pada minit ke-94 hasil tandukan daripada sepakan sudut Ruben Neves.
Biarpun Phil Foden sekali lagi menyamakan kedudukan untuk City, namun Marcos Leonardo muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-113, memastikan Al-Hilal melangkah ke pusingan seterusnya. -- Sinar Harian
#Al-Hilal #Manchester City #Piala Dunia Kelab #mara ke suku akhir