awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan cuaca signifikan dengan luruan monsun hingga 11 Januari
Pembukaan semula lintasan Rafah penting untuk salur bantuan ke Semenanjung Gaza - ICRC
Banjir: Jumlah mangsa di Sabah dan Sarawak meningkat sedikit, Johor kekal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

All England: Dua beregu negara terkandas di pusingan kedua

Bernama
Bernama
16/03/2023
15:06 MYT
All England: Dua beregu negara terkandas di pusingan kedua
Hasrat beregu profesional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk mara ke suku akhir kejuaraan All England 2023 tidak kesampaian selepas tewas di tangan juara bertahan, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dari Indonesia, pada Khamis. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hasrat beregu profesional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk mara ke suku akhir kejuaraan All England 2023 tidak kesampaian selepas tewas di tangan juara bertahan, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dari Indonesia, pada Khamis.
Turun sebagai pilihan kelapan kejohanan, Yew Sin- Ee Yi terpaksa akur apabila tumpas straight set 18-21, 18-21 dalam aksi pusingan kedua itu yang berlangsung selama 44 minit di Arena Utilita Birmingham.
Muhammad Shohibul-Bagas, yang kini menghuni tangga ke-12 dunia, akan turun bertemu sama ada rakan senegara, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dalam saingan suku akhir esok.
Sementara itu, pasangan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mengalami nasib sama apabila ditundukkan pasangan ranking ke-16 dunia dan naib juara edisi 2021, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun, , 12-21, 21-11, 19-21.
Kekalahan itu adalah kali kedua berturut-turut pasangan campuran negara yang menduduki ranking keenam dunia, setelah tewas kepada beregu sama selepas Terbuka Perancis pada Oktober lepas.
Yuki-Misaki akan membuat perhitungan berdepan pilihan pertama, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China, di suku akhir esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Indonesia
#all england
#Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan