KUALA LUMPUR: Dua wakil profesional Malaysia iaitu pasangan beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan perseorangan lelaki Liew Darren, bermula dengan baik pada Kejohanan Badminton All England 2022 hari ini, bagi melayakkan diri ke pusingan kedua di Birmingham, England.
Pada kejohanan berlangsung di Utilita Arena, pasangan pilihan kelapan kejohanan Yew Sin-Ee Yi, tidak berhadapan masalah untuk melepasi pusingan pertama dengan mengalahkan pasangan tuan rumah Callum Hemming-Steven Stallwod, 21-14, 21-12.
Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021 itu akan bertemu antara dua pasangan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana atau Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan, pada pusingan kedua esok.
Bagaimanapun Hemming berpeluang untuk membalas dendam terhadap Yew Sin, apabila kedua-dua mereka akan bertemu dengan pasangan masing-masing yang berbeza iaitu Jessica Pugh dan Goh Liu Ying, bagi melayakkan diri ke pusingan kedua dalam acara beregu campuran.
Dalam masa yang sama pemain bukan pilihan Daren, mengatasi Toma Junior Popov dari Perancis 21-15, 21-19 pada pusingan pembukaan, namun pemain Malaysia itu berhadapan tugas sukar di pusingan kedua, apabila dijadualkan bertemu pemain pilihan keempat Chou Tien Chen, bagi merebut tempat ke suku akhir yang akan berlangsung pada Jumaat.
Tien Chien dari Taiwan terdahulu mengalahkan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia 21-10, 21-19.
Sementara itu beberapa pemain negara termasuk juara bertahan Lee Zii Jia, pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan juara Terbuka Jerman 2022 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan memulakan cabaran masing-masing pada pusingan pertama, hari ini.
Zii Jia pemain pilihan keenam akan berhadapan pemain Jepun Kenta Nishimoto, manakala pasangan pilihan keempat Aaron Chia-Wooi Yik akan bertemu Christopher Grimley-Matthew Grimley dari Scotland.
Sze Fei-Nur Izzuddin pula akan berhadapan He Ji Ting-Tan Qiang dari China dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
Pasangan beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan perseorangan lelaki Liew Darren, bermula dengan baik pada Kejohanan Badminton All England 2022.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.