awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Allardyce bidas cara pemain Everton

Astro Arena
Astro Arena
14/01/2018
09:05 MYT
Allardyce bidas cara pemain Everton
Saya amat kecewa dengan tahap profesional pemain-pemain saya, kata Allardyce. - REUTERS
PENGURUS Everton, Sam Allardyce, berang dengan sikap anak-anak buahnya selepas dibelasah 4-0 oleh Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.
Skuad Toffees mempamerkan persembahan meyakinkan dalam babak pertama di Stadium Wembley walaupun lawan meraih jaringan pertama pada minit ke-26 menerusi Son Heung-Min.
Bagaimanapun, sebaik sahaja Harry Kane menjaringkan gol kedua, barisan pemain yang diturunkan Allardyce seperti hilang punca dan tidak menunjukkan semangat untuk melawan.
Walaupun Spurs merakamkan kemenangan hasil permainan yang kemas dan kebijaksanaan dalam mengeksploitasi kesilapan lawan, Allardyce menganggap pasukannya tewas akibat sikap cepat putus asa.
"Saya rasa kami berpendapat bahawa gol kedua Spurs adalah ofsaid, sama seperti jaringan Wayne Rooney yang dibatalkan sebelum itu.
"Apabila lawan menjaringkan gol kedua, ia membunuh semangat kami tetapi pemain-pemain tidak boleh terus mengalah.
"Terlalu ramai pemain yang mengambil keputusan untuk membiarkan Tottenham mengawal bola dengan mudah dan Jordan Pickford pasti lebih merasainya.
"Saya amat kecewa dengan tahap profesional pemain-pemain saya," kata Allardyce.
"Bagi saya, kami agak kekurangan daripada aspek kebolehan fizikal serta kepantasan.
"Spurs mampu menjaringkan gol ketika menentang sesiapa sahaja tetapi mereka tidak sepatutnya meraih gol dengan mudah seperti hari ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Everton
#Sam Allardyce
#Tottenham Hotspur
#Wayne Rooney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan