awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

All-England: Zii Jia benam nombor satu dunia Momota, layakkan diri ke separuh akhir

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2021
13:11 MYT
All-England: Zii Jia benam nombor satu dunia Momota, layakkan diri ke separuh akhir
Aksi pemain negara, Lee Zii Jia ketika menentang Kento Momota dari Jepun pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Perodua Badminton Masters Malaysia 2020 di Axiata Arena Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil pada Januari 2020. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menundukkan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun dan sekali gus melayakkan diri untuk mara ke pusingan separuh akhir All-England.
Zii Jia menang bergaya dengan mata 21-16, 21-19 dalam aksi 54 minit yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham, United Kingdom pada petang Jumaat (waktu tempatan).
Pemain berusia 22 tahun kelahiran Kedah ini akan bertemu dengan pemain Belanda, Mark Caljouw dalam pusingan sepauh akhir pada Sabtu.
Buat Zii Jia, ini adalah pusingan separuh akhir All-England kali kedua buat dirinya selepas berkongsi pentas dengan juara Viktor Axelsen dari Denmark pada edisi sebelum ini.
Bagi Momota, ini merupakan pertandingan antarabangsa pertama buatnya selepas berjaya meraih piala kejuaraan dalam Badminton Masters Malaysia 2020 di Axiata Arena Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil pada Januari 2020 lalu.
Mark, yang berada di ranking ke-36 dunia, menyingkirkan pemain India, Lakshya Sen 21-17, 16-21, 21-17 pada perlawanan suku akhir.
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#All-England
#Kento Momota
#Arena Birmingham
#badminton
#Lee Chong Wei
#Mark Caljouw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan