[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
SUKAN

Amad Diallo harap Garnacho kekal bersama Manchester United musim depan

Astro Arena 30/05/2025 | 01:30 MYT
Garnacho (kiri) dan Diallo (kanan) ketika beraksi pada perlawanan akhir Liga Europa antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di San Mames, Bilbao, Sepanyol, 21 Mei 2025. - Gambar fail/REUTERS
PEMAIN sayap Manchester United, Amad Diallo, meletakkan harapan agar rakan sepasukannya iaitu Alejandro Garnacho akan terus kekal bersama pasukan untuk musim depan.

Khabar angin mengenai kemungkinan perpindahan buat pemain berusia 20 tahun itu semakin hangat selepas kekalahan The Red Devils dalam perlawanan akhir Liga Europa ketika berdepan Tottenham baru-baru ini.

Penyerang kelahiran Argentina itu meluahkan rasa kekecewaannya selepas dia memulakan aksi di pentas akhir itu di bangku simpanan dan hanya masuk pada lewat separuh masa kedua.

Malah, terdapat laporan bahawa pengendali pasukan iaitu Ruben Amorim sudah memaklumkan kepada Garnacho agar mencari pasukan baru.

Menjelang perlawanan persahabatan United menentang Hong Kong, Amad menjelaskan dia mahu rakan sepasukannya itu kekal susulan United 'memerlukan pemain yang bagus'.

"Alejandro adalah pemain yang sangat baik dan kami memerlukan pemain yang bagus dalam pasukan. Saya sangat mengenali dia, jadi saya berharap dapat memiliki dia untuk saingan musim depan.

"Ia sebenarnya bukan isu besar buat pasukan, semuanya baik sekarang pada pendangan saya." katanya.

Untuk rekod, Garnacho sudah beraksi sebanyak 57 perlawanan untuk United musim ini dan telah menjaringkan 10 gol dan 11 bantuan jaringan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.






#Manchester United #Amad Diallo #jendela perpindahan #Alejandro Garnacho