Amiridzwan minat kembali sarung jersi negara

Astro Arena
Julai 17, 2015 11:10 MYT
Susulan berehat panjang akibat kecederaan ACL tahun lalu, Amiridzwan yakin dia semakin menghampiri tahap permainan sebenarnya.
Hari Raya kali ini disambut lebih bermakna buat pemain Kelantan, Amiridzwan Taj Tajuddin selepas mengambil keputusan menyarung jersi negeri kelahirannya pada pintu perpindahan kedua Liga Malaysia, April lalu.
Berbanding sambutan Aidilfitri sebelum ini, pemain yang beraksi di bahagian pertahanan itu tidak dapt menghabiskan banyak masa bersama keluarga kerana sering bergegas untuk menyambung latihan bersama ATM dan UiTM FC sebelum ini.
Susulan berehat panjang akibat kecederaan ACL tahun lalu, Amiridzwan yakin dia semakin menghampiri tahap permainan sebenarnya.
"Sebelum ini saya bermain di luar Kelantan, iaitu di Kuala Lumpur dan disebabkan itu saya sempat balik dua atau tiga hari sebelum raya.
"Sesi latihan pun kebiasaan berlangsung pada hari kedua atau ketiga, jadi saya perlu berangkat awal.
"Tahun ni juga kali pertama saya beraya di Kelantan dan sebagai suami,' katanya.
Amirdzwan pernah menyarung jersi kebangsaan semasa di bawah kendalian Datuk K Rajagobal, dan meluah hasrat untuk kembali beraksi di kancah antarabangsa.
"Saya malas nak berharap, tapi saya akan cuba untuk bagi persembahan terbaik.
"Apa yang paling penting persembahan untuk diri saya dan pasukan negeri Kelantan. Kalau saya dipanggil untuk pasukan kebangsaan, itu bonus untuk saya dan sangat-sangat menghargainya.
#Amiridzwan Taj Tajuddin #Kelantan
;