awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA

Bernama
Bernama
24/08/2024
06:33 MYT
Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA
Amirudin (depan, dua, kiri) berkata beliau telah bertemu dan berkongsi amanat dengan pemain, serta pengurusan pasukan dan yakin kejayaan boleh diraih. - Foto FB Amirudin Shari
SHAH ALAM: Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Beliau turut menyeru seluruh penyokong untuk membanjiri stadium dan menjadi pemain ke-12, yang memberikan sokongan tanpa henti bagi membangkitkan semangat perjuangan pemain The Red Giants.
Amirudin berkata beliau telah bertemu dan berkongsi amanat dengan pemain, serta pengurusan pasukan dan yakin kejayaan boleh diraih.
"Saya tidak dapat bersama pasukan di Stadium Bukit Jalil malam ini, kerana perlu berada di Kuching bagi acara penutup Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
"Insya-Allah, doa dan sokongan saya sentiasa bersama Selangor FC di mana sahaja saya berada. All the best Red Giants, selamat berjuang dan berjaya untuk merangkul Piala FA," katanya menerusi hantaran di platform media sosial miliknya hari ini.
Untuk rekod, kali terakhir skuad Selangor FC merangkul piala berprestij itu pada 2009, manakala kali terakhir mara ke pentas final Piala FA pada 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala FA
#Amirudin Shari
#Selangor FC
#JDT
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan