SPORTS

Amukan Ultras Malaya: Guna saluran betul? Saluran yang mana lagi?

Madiha Abdullah 09/09/2015 | 06:42 MYT
Ramai melihat tindakan Ultras Malaya sebagai jalan terakhir meluahkan kekesalan mereka. -Foto BERNAMA
Seperti yang dilaungkan, penyokong Harimau Malaya mengotakan kata-kata mereka apabila menjadikan Stadium Shah Alam sebagai medan meluahkan rasa tidak puas yang terbuku di hati.

Suar dibaling ke atas padang dan mercun roket dilepaskan, dengan chant yang mempersendakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada saat perlawanan menentang Arab Saudi berbaki dua minit.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dilabel sebagai memalukan dan mencemar nama baik negara, namun bagi golongan peminat yang menggelar diri mereka sebagai Ultras Malaya ini, ini jalan terakhir mereka.

Ketika ramai yang mengkritik, hakikatnya ramai juga yang melihat tindakan ini membawa suara penyokong tegar bola sepak tempatan yang sudah jelak dengan perkembangan semasa.

Facebook Harimau Malaya 1

Facebook Harimau Malaya 2

Facebook Harimau Malaya 3
Antara luahan penyokong di Facebook.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ramai juga yang mempersoalkan saluran betul yang dicanang sesetengah pihak. Ini kerana mereka mendakwa saluran betul yang digunakan selama ini langsung tidak menampakkan hasil.

Perlawanan semalam dihentikan pada minit ke 88, dengan Arab Saudi mendahului Malaysia 2-1. Keputusan akhir bagaimanapun akan dibincang dan diumumkan oleh FIFA beberapa hari lagi.

Mengikut jadual, Malaysia bakal bertemu Timor Leste di tempat lawan dalam perlawanan Kumpulan A pada 13 Oktober ini.

BACA: 15 sebab mengapa Ultras Malaya 'naik angin'

GALERI FOTO: Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia-Arab Saudi tercemar

#FAM #harimau Malaya #MASvsKSA #Persatuan Bola Sepak Malaysia