awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak jati Perak Arif Sabron terpilih bermain di kelab hoki Butterfly Roma, Itali

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/03/2021
10:07 MYT
Anak jati Perak Arif Sabron terpilih bermain di kelab hoki Butterfly Roma, Itali
kerajaan melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak menyalurkan bantuan tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Rome di samping wang tunai RM2,000. - Foto Astro AWANI
IPOH: Pemain hoki kebangsaan, Arif Sabron terpilih untuk mewakili Kelab Hoki Butterfly Roma, Itali mulai 15 Mac hingga 15 Jun 2021.
Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, usaha membawa Arif, 22, anak kelahiran Felda Gunung Besout, Perak untuk bermain dengan kelab yang beraksi dalam liga utama di Itali - Serie A itu adalah dengan kerjasama Hockademy.
Menurutnya, kerajaan melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak menyalurkan bantuan tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Rome di samping wang tunai RM2,000.
“Diharapkan kejayaan ini akan menjadi penyuntik semangat untuk lebih ramai atlet Perak, termasuk sukan angkat berat, menembak dan olahraga menimba pengalaman di Eropah,” katanya dalam sidang media di MSN Perak di sini, hari ini.
Hadir sama Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharuddin yang juga pemilik Hockademy dan Pengarah MSN Perak, Johari Sham Ahmad Shohor Affendi.
Khairul Shahril berkata, peluang bermain di Butterfly Roma memberi kelebihan kepada pasukan hoki Sukan Malaysia (Sukma) Perak kerana Arif, yang turut membantu pasukan TNB menjuarai Tun Abdul Razak Cup tahun lalu, juga akan menyarung jersi Perak untuk Sukma 2022.
Bagi Arif pula, peluang beraksi dengan kelab Eropah itu akan diguna sebaik mungkin untuk menimba pengalaman, sekaligus meningkatkan mutu permainannya. - FotoAastro AWANI
Bagi Arif pula, peluang beraksi dengan kelab Eropah itu akan diguna sebaik mungkin untuk menimba pengalaman, sekaligus meningkatkan mutu permainannya. - Foto Astro AWANI
Sementara itu, Megat D Shahriman berkata, pihaknya komited untuk membantu menggilap bakat muda dengan memberi pendedahan mereka beraksi di luar negara.
Bagi Arif pula, peluang beraksi dengan kelab Eropah itu akan diguna sebaik mungkin untuk menimba pengalaman, sekaligus meningkatkan mutu permainannya.
“Saya sedar, jika dibanding dari segi saiz fizikal, pemain Eropah jauh lebih besar tetapi yang penting, saya perlu kuatkan semangat dan mental.
“Walaupun saiz mereka lebih besar, saya bersedia untuk ‘melanggar’ sesiapa sahaja,” katanya penuh semangat.
Topic Berkaitan
#Pemain hoki kebangsaan
#Arif Sabron
#hoki
#sukan
#Malaysia
#Kelab Hoki Butterfly Roma
#Hockademy
#bermain di Itali
#TNB
#SUKMA
#Felda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan