awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Razif Sidek pasang impian ikut jejak Chong Wei

Bernama
Bernama
07/07/2019
02:36 MYT
Anak Razif Sidek pasang impian ikut jejak Chong Wei
Muhammad Fazriq mara ke pentas final kejohanan itu hari ini, selepas menumpaskan rakan sepasukan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Anson Cheong Yan Feng, 21-16, 21-18 pada aksi separuh akhir semalam. - Bernama
Selepas mencipta nama di pentas antarabangsa, bintang muda negara, Muhammad Fazriq Mohamad Razif memasang impian besar untuk mengikut jejak langkah Datuk Lee Chong Wei.
Segar daripada kejayaan merangkul gelaran pada Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun di Jepun baru-baru ini, anak bongsu kepada legenda beregu lelaki negara, Datuk Razif Sidek itu, mengakui mengimpikan untuk meraih kejayaan sepertimana pernah dinikmati Chong Wei.
Namun, pemain berusia 15 tahun itu berkata bagi merealisasikan hasrat itu, beliau perlu berusaha keras dan menampilkan aksi terbaik pada setiap kejohanan disertainya.
"Untuk mencapai tahap setanding Chong Wei, saya juga perlu menimba lebih banyak pengalaman dan meraih kejayaan demi kejayaan di peringkat antarabangsa.
"Bukan mudah menjadi pemain nombor satu negara pada usia yang masih muda, saya baru berusia 15 tahun. Saya perlu menyusun jadual saya sebaik mungkin, dan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun saya akan cuba menjadi wakil negara (di peringkat senior).
"Saya mungkin boleh menjadi seperti Chong Wei jika saya terus mempamerkan aksi terbaik pada setiap kejohanan," katanya ketika ditemui pada Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Final di Kelab Rekreasi Cina Negeri Sembilan (NSCRC) di sini.
Muhammad Fazriq mara ke pentas final kejohanan itu hari ini, selepas menumpaskan rakan sepasukan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Anson Cheong Yan Feng, 21-16, 21-18 pada aksi separuh akhir semalam.
Pemain muda itu menjadi sebutan antara bintang muda yang bakal menggantikan legenda badminton negara, Chong Wei, setelah merangkul kejuaraan kesembilannya di peringkat remaja di Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun, selepas menumpaskan Alex Lenier, 21-16, 21-10 pada final di Jepun, 30 Jun lepas.
Mengenai perancangan masa depan, Muhammad Fazriq mensasarkan untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik pada suatu hari nanti.
Sementara itu, Razif berkata beliau tidak menaruh harapan terlalu tinggi kepada anaknya itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Chong Wei selaku pemain nombor satu negara, dalam tempoh singkat kerana Muhmmad Fazriq masih muda dan perlu menimba lebih banyak pengalaman.
"Walaupun saya lihat beliau mempunyai ciri-ciri untuk menjadi pemain bertaraf dunia, buat masa ini saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi, kerana beliau masih muda dan perlu menimba lebih banyak pengalaman terutama di pentas pertandingan.
"Saya berharap dia dapat mengekalkan prestasi, itu amat penting," katanya.
Razif turut berharap pada masa hadapan, Muhammad Fazriq dapat mengecapi kejayaan untuk muncul juara kejohanan All England, Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik serta Piala Thomas.
"(pencapaian) itu yang saya harap dan cita-citakan daripada beliau," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak razif sidek
#badminton
#Lee Chong Wei
#Muhammad Fazriq Mohamad Razif
#pemain badminton
#pemain pelapis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan