[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona

Astro Arena 16/08/2024 | 01:30 MYT
Joao Mendes (kiri), anak Ronaldinho (kanan), menandatangani kontrak bersama Burnley. - Foto Astro ARENA
ANAK kepada legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho, memilih kelab Liga Kejuaraan, Burnley, sebagai destinasi baharunya selepas menyertai akademi remaja Barcelona pada musim lalu.
Keputusan Joao Mendes yang menandatangani kontrak bersama Burnley itu telah mengejutkan pelbagai pihak kerana tidak mempercayai keputusan pemain berusia 19 tahun itu.
Sebelum ini, Presiden Barcelona, Joan Laporta, menegaskan bahawa pasukan gergasi LaLiga itu sememangnya memahukan anak kepada pemenang Ballon d'Or itu meneruskan kariernya di Nou Camp.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#anak Ronaldinho #Joao Mendes #Burnley #Liga Kejuaraan