awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar: Kenapa tunda aksi TRW-JDT secara tergesa-gesa?

Astro Arena
Astro Arena
01/02/2017
14:03 MYT
Annuar: Kenapa tunda aksi TRW-JDT secara tergesa-gesa?
ANNUAR: "Benarkah perlawanan The Red Warriors (TRW) dan JDT, Sabtu ini, ditunda di saat-saat akhir? Jika benar, saya minta FMLLP jelaskan di bawah peraturan mana?" - Gambar fail
PENASIHAT, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mempersoalkan tindakan tergesa-gesa Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) yang menunda perlawanan di antara Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super, Sabtu ini.
Annuar menerusi laman Facebook, memohon penjelasan daripada pihak FMLLP mengapa ia diubah sedangkan jadual asal sudahpun mengambil kira perlawanan JDT dalam pusingan kedua dan playoff kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
"Benarkah perlawanan The Red Warriors (TRW) dan JDT, Sabtu ini, ditunda di saa-saat akhir? Jika benar, saya minta FMLLP jelaskan di bawah peraturan mana ia dibuat. Di bawah peraturan sedia ada, penundaan tertakluk kepada peraturan bertulis Liga Malaysia.
“Jika peraturan 14C hendak dipakaipun, notis tujuh hari diperlukan. Jadual sedia ada sudah mengambil kira kelayakan JDT ke AFC dan playoff yang sudah lama ditetapkan. JDT hanya perlu berada di Osaka pada Ahad dan bukannya Sabtu,” katanya.
Annuar, yang juga penaja utama TRW musim ini mendakwa tindakan FMLLP itu cukup merugikan penyokong tuan rumah yang telah lama menantikan perlawanan menarik ini.
“Setiap pasukan pula mempunyai 30 pemain yang boleh ditukar. Namun, faktor memberi masa rehat kepada JDT boleh difahami. Tapi isunya, kenapa jadual asal tidak mengambil kira faktor ini dan pertukaran saat akhir merugikan penyokong tuan rumah yang telah mengambil cuti, membeli tiket penerbangan dan sebagainya.
“Justeru, elok FMLLP membuat penjelasan supaya mereka tidak dilihat tunduk kepada pihak tertentu tanpa mengambil kira kesan kepada pasukan tuan rumah,” katanya.
Annuar juga secara sinis berkata, sesetengah pasukan perlu diberi rehat yang banyak sebelum beraksi menentang skuad TRW di Kota Bharu.
“Apapun kami setuju sesetengah pasukan perlu diberi rehat yang banyak sebelum ke Kota Bharu. Maklumlah Kota Bharu kan? Kan?”
Untuk rekod, aksi pertama tuan rumah, TRW menentang Melaka United, pada 21 Januari lalu terpaksa ditunda akibat keadaan padang Stadium Sultan Muhammad Ke IV yang ditakungi air.
Topic Berkaitan
#ACL
#Annuar Musa
#JDT
#Johor Darul Tazim
#KAFA
#Kelantan
#Liga Juara-Juara Asia
#Persatuan Bolasepak Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan