PUTRAJAYA: Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata faktor yang mendorong keputusan itu adalah disebabkan kekangan masa dalam memainkan peranan sebagai presiden sejak memimpin Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
"Kita perlu berlaku adil, kita tak boleh nak bergayut pada jawatan kalau kita rasakan kita ada kekurangan atau jangkakan ada orang lain yang boleh buat lebih baik, jadi saya dah buat setakat saya mampu.
"Sejak berada di KKMM banyak perkara saya nak buat (bersama KL City FC) (tetapi) tak dapat kerana kekangan masa. Jadi eloklah KL City FC pun sedang meningkat, elok ada seseorang yang dapat memberikan bimbingan seterusnya kerana KL City FC mempunyai potensi sangat besar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran RTM Selaku Rakan Penyiar unifi Liga Malaysia 2022 di KKMM di sini, hari ini.
Pada masa sama, Annuar berkata hasratnya itu telah disampaikan secara lisan sebelum menyerahkan notis peletakan jawatan sebagai memuktamadkan keputusannya itu.
Sementara itu, beliau berkata meskipun tidak lagi bersama skuad The City Boys, beliau sentiasa bersedia memberikan input berguna demi kemajuan pasukan.
Sebagai rekod, Annuar dilantik sebagai presiden KL City FC pada Februari 2021 dan merupakan antara watak penting yang menjadi kunci utama kebangkitan serta kejayaan pasukan itu musim lalu.
Disember lepas, KL City FC menamatkan penantian 32 tahun untuk merangkul Piala Malaysia selepas mengatasi Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 sekali gus mengesahkan tempat ke saingan Piala AFC 2022.
Dalam saingan Liga Super 2021, KL City FC menamatkan saingan di tempat keenam selepas merekodkan lapan kemenangan, sembilan seri dan tewas lima sekali gus mengumpul 33 mata daripada keseluruhan 22 perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022

Annuar berkata faktor yang mendorong keputusan itu adalah disebabkan kekangan masa dalam memainkan peranan sebagai presiden sejak memimpin Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). _ Gambar fail/BERNAMA

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Kenaikan harga bahan mentah dijangka tidak jejas margin keuntungan Gamuda
Firma itu optimis bahawa kumpulan itu mempunyai langkah terbaik dalam melindungi margin keuntungannya.

AWANI Ringkas: PM mula lawatan kerja ke Turki esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki didakwa bunuh wanita baru dikenali menerusi aplikasi sembang
Seorang penganggur didakwa atas pertuduhan membunuh kenalan wanita yang baru dikenalinya melalui aplikasi sembang awal bulan lalu.

Piala AFC: KL City, Kedah Darul Aman lolos ke separuh akhir zon ASEAN
KL City lebih banyak mendominasi perlawanan sebelum membuka jaringan seawal minit ke-15 menerusi jaringan Paulo Josue.

Piala AFC: KL City raih satu mata, Kedah Darul Aman tumpas di Bali
Skuad bimbingan Bojan Hodak terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Juara Piala Indonesia 2019 itu.

KL City dapat khidmat Jordan Mintah daripada Terengganu
Dua penyerang utama KL City FC, Dominique da Sylva dan Kyrian Nwabueze, mengalami kecederaan jangka panjang.

Kemenangan ke atas KL City cipta permulaan baik - Nafuzi
Kejayaan itu disifatkan sebagai pencetus momentum positif untuk anak buahnya terus bangkit mencipta kemenangan.

Romel tamat kemarau jaringan bantu KL City calar rekod Sabah
Penyerang import Romel Morales akhirnya berjaya menemui sentuhan penyudah musim ini apabila meledak dua gol bagi membantu Kuala Lumpur (KL) City FC mengatasi Sabah FC 2-0, sekali gus mencalar rekod ti

Josue jadi wira KL City raih kemenangan sulung di Cheras
Johor Darul Ta'zim (JDT) kini menerajui saingan Liga Super dengan rekod kemenangan 100 peratus dalam tiga perlawanan pertama.

Misi balas dendam KL City punah, tewas di tangan JDT
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan tiga kali berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC 3-0, malam ini.

MFL kesal dengan budaya samseng bola sepak
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kesal dengan insiden pergaduhan di antara segelintir penyokong Kuala Lumpur (KL) City FC dan Selangor FC di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras semalam.

Zhafri mahu KL City segera bangkit, fokus berdepan Selangor
Beliau menjangka skuad warga kota itu akan menempuh perlawanan yang sukar apabila melihat Selangor melakukan persiapan lebih rapi pada musim ini.

Piala Sumbangsih: JDT benam KL City FC 3-0
Harimau Selatan bangkit menundukkan KL City FC 3-0 selepas kecundang pada aksi Piala Malaysia 2021 tiga bulan lepas.