awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah FIFA: Messi, Ronaldo, Salah dalam senarai pendek

Astro Arena
Astro Arena
23/11/2021
02:31 MYT
Anugerah FIFA: Messi, Ronaldo, Salah dalam senarai pendek
Messi, Ronaldo dan Mohamed Salah antara 11 calon untuk Anugerah Pemain Lelaki Terbaik anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2021.
LIONEL Messi, Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah tercalon untuk Anugerah Pemain Lelaki Terbaik anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2021.
Pemain tengah Chelsea, Jorginho dan N'Golo Kante, selain penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski, termasuk bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dan Neymar, juga berada dalam senarai pendek.
Erling Haaland daripada Borussia Dortmund, Kevin De Bruyne (Manchester City) dan Karim Benzema (Real Madrid) melengkapkan senarai 11 calon itu.
Terdapat tujuh calon untuk Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik yang dibarisi pengurus City, Pep Guardiola, dan jurulatih Itali, Roberto Mancini, yang membawa pasukannya mengecapi kegemilangan Euro 2020.
Hansi Flick, yang turut dicalonkan selepas kejayaan besar bersama Bayern sebelum mengambil alih jawatan melatih Jerman, akan bersama-sama Thomas Tuchel (Chelsea), Diego Simeone (Atletico Madrid) dan pengurus baharu Tottenham, Antonio Conte.
Lionel Scaloni yang membimbing Argentina menjuarai Copa America pula melengkapkan senarai itu.
Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker, Gianluigi Donnarumma (PSG), Edouard Mendy (Chelsea), Manuel Neuer (Bayern) dan kapten Leicester City, Kasper Schmeichel, akan bersaing merebut Anugerah Penjaga Gol Lelaki Terbaik.
I will repeat what I said a while ago. Never stop dreaming Thank you so much for this award, its an incredible honour to receive this tonight Dziękuję! #TheBest @FIFAcom
— Robert Lewandowski (@lewy_official) December 17, 2020
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Cristiano Ronaldo
#Mohamed Salah
#Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan