SUKAN
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Pengarah Urusan AEON Credit Service Daisuke Maeda menyampaikan anugerah kepada Hafizh Syahrin pada Majlis Malam Anugerah Persatuan Sukan Permotoran Malaysia 2025 di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelumba JDT Racing Team Hafizh Syahrin Abdullah dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik pada Malam Anugerah Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) 2025 di sini semalam.
Memasuki edisi kelima, anugerah tersebut turut mengiktiraf penunggang Honda Racing Malaysia Azroy Hakeem Anuar sebagai Pelumba Kebangsaan Terbaik, manakala juara Kejohanan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 Qabil Irfan Azlan merangkul gelaran Penunggang Muda Terbaik.
Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Dr K. Nagulendran serta Presiden MAM Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Dalam ucapannya, Mokhzani berkata anugerah berkenaan bukan sahaja kejayaan kepada pemenang, tetapi juga pengiktirafan terhadap disiplin, ketahanan dan profesionalisme di setiap peringkat dalam sukan permotoran.
"Dengan pengembangan kepada 30 kategori anugerah, kami memastikan setiap laluan, daripada pembangunan akar umbi sehingga ke kejohanan antarabangsa, diiktiraf dan dihargai.
"Platform ini mencerminkan sejauh mana sukan permotoran Malaysia telah maju, serta hala tuju yang sedang dihadapi," katanya.
Berikut senarai penuh pemenang Anugerah MAM 2025:

- Pelumba Underbone Kebangsaan Terbaik - Ahmad Afif Amran
- Pelumba Underbone Antarabangsa Terbaik - Ahmad Afif Amran
- Pelumba Kebangsaan Terbaik - Azroy Hakeem Anuar
- Pelumba Antarabangsa Terbaik - Hafizh Syahrin Abdullah
- Pelumba Wanita Terbaik - Saidatul Zakirah Zairin
- Pelumba Muda Terbaik - Qabil Irfan Azlan
- Pasukan 2-Wheel Kebangsaan Terbaik - Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing
- Pasukan 2-Wheel Antarabangsa Terbaik - Idemitsu Honda Racing Malaysia
- Peserta E-Motorsports Terbaik - Naquib Nor Azlan
- Pelumba Drift Terbaik - Kuah Ming Hui
- Pemandu Gymkhana Kebangsaan Terbaik - Stella Sigi
- Pelumba Kart Kebangsaan (Kadet) Terbaik - Aydrae Amit Janardhan Logan
- Pelumba Kart Kebangsaan (Junior) Terbaik - Slabbert Mika Francois
- Pelumba Kart Kebangsaan (Senior) Terbaik - Zarief Rayqal Fahruddin
- Pemandu Kebangsaan Terbaik - Aaron Hakim Mohamad Haikal
- Pemandu Antarabangsa Terbaik - Naquib Nor Azlan
- Pemandu Wanita Terbaik - Kuah Ming Hui
- Pemandu Muda Terbaik - Slabbert Mika Francois
- Pasukan 4-Wheel Terbaik Kebangsaan - HIREV Dream Chaser
- Pasukan 4-Wheel Terbaik Antarabangsa - Wing Hin Motorsports
- Laporan Terbaik (Media Elektronik) - Norsyafarina Nasrom (Astro Arena)
- Laporan Terbaik (Dalam Talian/Media Sosial) - Mohd Hilmie Hussin (Flash Sukan)
- Laporan Terbaik (Media Cetak) - Muhammad Riduan Mohd Hanafiah (Kosmo)
- Foto Terbaik - Muhammad Afiq Azlan (Two Wheels Media)
- Penganjur Terbaik - Kelab Sukan Bermotor Pulau Pinang
- Anugerah Wanita Cemerlang dalam Sukan Permotoran - Mashithah Hashim
- Atlet Paling Memberi Inspirasi - Hakim Danish Ramli
- Anugerah Kecemerlangan Industri - RCB
- Ikon Sukan Permotoran Malaysia - Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel
- Dewan Kemasyhuran Sukan Permotoran Malaysia
#sukan permotoran
#Pelumba Antarabangsa Terbaik
#Hafizh Syahrin Abdullah
#Anugerah MAM 2025
#Pelumba Kebangsaan Terbaik
#Azroy Hakeem Anuar