SUKAN
Anwar Ibrahim sertai The Jangs, kubu Negeri Sembilan kini lebih kebal
Anwar Ibrahim kini The Jangs. - Foto Negeri Sembilan FC
NEGERI Sembilan FC terus memperkukuh barisan pertahanan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/26 dengan membawa masuk bekas pertahanan kanan Harimau Muda Bawah 19 tahun (B-19), Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Pemain berusia 26 tahun itu diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu skuad The Jangs kendalian Nidzam Jamil, sekali gus menjadi tambahan penting dalam perancangan taktikal pasukan.
Sebagai rekod, saingan Liga Super 2024/25, skuad Rusa yang mengakhiri saingan di tangga 12 dalam kalangan 13 pasukan, bolos 49 gol, ketiga terbanyak selepas Kedah Darul Aman dan Kelantan Darul Naim.
Anwar yang mempunyai 22 penampilan bersama skuad B-19 negara memulakan karier profesionalnya bersama Felda United pada 2018 sebelum menyertai Selangor FC dua tahun kemudian.
Pada musim 2021, Anwar berhijrah ke Kuala Lumpur City FC dan menjadi sebahagian daripada skuad yang menjulang Piala Malaysia, sekali gus mencipta detik manis dalam kariernya.
Kehadirannya ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi diharap dapat memperkukuh kubu pertahanan pasukan yang mahu tampil lebih kompetitif dalam saingan domestik dan kejohanan serantau.
"Dulu kota, kini Negeri! Anwar Ibrahim bersedia bawa asakan dari pertahanan, musuh, bersedialah!" demikian kenyataan penuh semangat dikongsi kelab di platform rasmi media sosial.
Dengan ketibaan Anwar, Negeri Sembilan FC dilihat semakin bersedia mengharungi musim penuh cabaran. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Negeri Sembilan FC menandatangani Anwar Ibrahim, bekas pertahanan kanan Harimau Muda B-19 dan juara Piala Malaysia 2021, sebagai tambahan penting untuk memperkukuh benteng pasukan bagi musim Liga-M 2025/26.
- Pasukan The Jangs menamatkan musim lalu di tangga ke-12 daripada 13, dengan 49 gol bolos antara yang tertinggi dalam ligamenunjukkan keperluan mendesak untuk memperbaiki pertahanan.
- Anwar membawa pengalaman luas dari Felda United, Selangor FC dan KL City FC, dan dijangka menjadi tonggak utama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dalam usaha menjadikan pasukan lebih kompetitif di peringkat domestik dan serantau.