awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa khabar 'The Speedy Jantan'? Ini sasaran untuk 2019

Astro Arena
Astro Arena
18/11/2018
12:49 MYT
Apa khabar 'The Speedy Jantan'? Ini sasaran untuk 2019
Hafiz (tengah) masih belum berpuas hati dengan prestasi tidak konsistennya tahun ini. - Astro Arena
JAGUH pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, bertekad mahu menjadikan tahun 2019 satu sejarah bermakna untuknya melakar rekod baru kebangsaan selain kekal dengan status selaku pelari terpantas Asia Tenggara.
Tahun 2016 mencetus fenemona buat Khairul Hafiz selepas memecahkan rekod kebangsaan 100 meter berusia 18 tahun milik Watson Nyambek serta menamatkan penantian 14 tahun negara untuk emas di pentas Sukan SEA 2017.
Bagaimanapun, dia masih belum berpuas hati dengan prestasi tidak konsistennya tahun ini dan menganggap cabaran terlalu besar untuknya mengharungi Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Indonesia.
Apa yang pasti, misi tahun 2019 cukup penting untuknya mencipta rekod kebangsaan selepas penantian selama dua tahun gagal.
"Terasa apabila dalam kejohanan besar seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia tetapi bagi kami, itu adalah pengalaman. Mungkin tahun ini saya agak menurun tetapi tahun depan akan bangkit.
"Saya akan cuba berusaha untuk melakukannya tahun depan," katanya.
Terbaru, Khairul Hafiz meraih emas kedua dalam Kejohanan Olahraga Innotex hari ini bagi acara 4x100 meter menerusi gandingan bersama Haiqal Hanafi, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Luqmanul Hakim Khairul Akmal.
Ia adalah kejohanan penutup buatnya bagi tahun ini sebelum bersedia untuk program latihan baru bersama jurulatih, Poad Md Kassim.
"Syukur dapat menutup saingan tahun ini. Kami memang menikmati aksi hari ini dan jurulatih juga tidak meletakkan sebarang sasaran."
Topic Berkaitan
#jaguh pecut negara
#Khairul Hafiz Jantan
#pelari terpantas asia tenggara
#rekod kebangsaan
#sasaran
#watson syambek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan