SUKAN
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
Nik Erman berkata, pucuk pangkalnya, keutamaan FAM sepatutnya menyelesaikan permasalahan dalaman yang berlaku - apakah yang menjadi punca, membolehkan isu pemalsuan dokumen itu berlaku. - StadiumAstro
BEKAS Ahli Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Nik Erman Nik Roseli, menyifatkan keputusan badan induk bola sepak negara itu membuat laporan polis sepatutnya dilakukan daripada awal dan tidak perlu menunggu saranan daripada pihak lain.
Bagaimanapun, langkah itu sudah diambil sekali gus ia akan membantu menyegerakan proses bongkar identiti pelaku kesalahan itu.
Merujuk kepada laporan Jawatankuasa Bebas (IIC) sebelum ini, beberapa saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan, namun mereka gagal memberikan kerjasama yang baik.
Berita baiknya adalah kerana perkara tersebut pastinya tidak akan berulang selepas siasatan diambil alih oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sekiranya hasil pemeriksaan itu mendapati salah laku dilakukan orang dalam, ia merupakan masalah besar buat FAM, dan jika orang luar, FAM tidak terjejas dalam aspek jenayah namun masih terbeban dengan isu tadbir urus yang tidak sempurna.
"Bagi saya laporan polis agak lambat dilakukan FAM, kerana tidak perlu tunggu FIFA atau IIC. Polis akan siasat kepada pelaku, jika mereka dapati pihak Exco yang buat pemalsuan atau arahan datang daripada mereka, saya percaya memang perkara besar.
"Sesiapa yang dinamakan dalam laporan polis itu perlu bertanggungjawab, tetapi jika didapati seseorang yang bukan Exco atau bukan dalam kawalan Exco yang lakukan.
"Saya percaya FAM tidak terjejas daripada aspek jenayah tetapi daripada segi tadbir urus, bagaimana seseorang di luar kawalan Exco boleh lakukan sesuatu yang besar sebegitu," katanya.
Pucuk pangkalnya, keutamaan FAM sepatutnya menyelesaikan permasalahan dalaman yang berlaku - apakah yang menjadi punca, membolehkan isu pemalsuan dokumen itu berlaku.
"Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tetapi tidak melakukan pembetulan dalam tadbir urus, kemungkinan berlaku jenayah tetapi itu menidakkan bagaimana sesuatu perkara ini dibiarkan berlaku seperti tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab." tambahnya.
*Artikel asal disirkan di StadiumAstro.com