awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apabila anda ada Ferrari, anda perlu ada Schumacher - TMJ

Astro Arena
Astro Arena
06/11/2024
05:55 MYT
Apabila anda ada Ferrari, anda perlu ada Schumacher - TMJ
Biarpun kian berusia, Insa memainkan peranan penting sebagai enjin tengah Harimau Selatan musim ini, memacu juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu. - Foto akaun X TMJ
"38 tahun. Apabila anda ada sebuah Ferrari, anda perlu ada seorang Schumacher," kata pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam satu ciapan X, memberi pujian buat pemain tengah veteran kelab itu, Natxo Insa.
38yrs old. When you have a Ferrari, you need to have a Schumacher. pic.twitter.com/loB5SlQazb
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 5, 2024
Biarpun kian berusia, pemain kebangsaan itu memainkan peranan penting sebagai enjin tengah Harimau Selatan musim ini, memacu juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat domestik dan kini menduduki tangga ketiga Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur dengan tujuh mata daripada empat perlawanan.
pic.twitter.com/1R9OcibTnf
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 5, 2024
Natxo sekali lagi memainkan peranannya ketika JDT menewaskan Ulsan HD 3-0 dalam perlawanan ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.
Sebagai rekod, Michael Schumacher merupakan legenda sukan permotoran dunia, di mana dia merupakan juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, lima daripadanya bersama pasukan Ferrari. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#TMJ
#JDT
#Ferrari
#natxo insa
#Tunku Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan