SUKAN
APG 2025: Tiada ruang kesilapan buat Bonnie buru emas di Thailand
Bonnie ditemui pemberita semasa menjalani latihan di Terminal 21 Korat hari ini, sempena APG Thailand 2025. - Gambar Bernama
NAKHON RATCHASIMA: Juara dua pingat emas Paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin, akan beraksi dalam saingan powerlifting kategori 80 kilogram pada Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025 dengan satu sasaran utama iaitu meraih pingat emas, dalam situasi yang tidak memberi ruang sebarang kesilapan.
Ringkasan AI
Atlet berusia 26 tahun itu berkata kategori berkenaan hanya disertai beliau dan seorang atlet tuan rumah, sekali gus menjadikan setiap angkatan sebagai detik penentuan yang memerlukan ketenangan, fokus serta keyakinan penuh.
"Kategori saya sekarang dalam 80 kilogram hanya ada dua orang sahaja, saya dengan seorang lagi daripada Thailand. Jadi, kami akan bertanding untuk mendapatkan emas saja.
"Saya perlu membuat angkatan yang mampu menjamin pingat emas dan saya menyasarkan angkatan sekitar 200 kilogram," katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol, yang hadir memberi semangat ketika melawat Terminal 21 Korat di sini hari ini.
Kembali menyertai APG selepas temasya 2017 di Malaysia, Bonnie mengakui kejohanan di Nakhon Ratchasima membawa makna tersendiri dalam perjalanan kariernya bersama skuad kebangsaan.
"Cabaran memang ada. Saya tidak ambil mudah kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pertandingan. Pada fasa sekarang, saya dalam keadaan bersedia untuk beraksi," katanya.
Semasa memenangi dua pingat emas Paralimpik, Bonnie bertanding dalam kategori 72kg dan ini merupakan kali pertama beliau mencuba nasib dalam kategori 80kg.
Bonnie juga akan turut disertai abangnya, Bryan Junency Gustin, dalam kategori 88kg, kedua-dua acara akan berlangsung pada Sabtu (24 Jan).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bonnie Bunyau Gustin sasaran pingat emas dalam saingan powerlifting kategori 80kg Sukan Para ASEAN 2025 di Thailand, dengan hanya bersaing dengan seorang atlet tuan rumah, menjadikan setiap angkatan penting dan perlu penuh ketenangan serta fokus.
- Menurut Bonnie, beliau menyasarkan angkatan sekitar 200kg untuk memastikan kemenangan emas dalam kejohanan tersebut, yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol bagi memberi sokongan pada atlet.
- Bonnie, yang sebelum ini memenangi dua pingat emas Paralimpik dalam kategori 72kg, kini mencuba nasib dalam kategori 80kg, dan turut disertai oleh abangnya, Bryan Junency Gustin, dalam kategori 88kg pada acara yang berlangsung pada Sabtu.