awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi tewaskan Argentina, Raja Salman umum cuti

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2022
22:00 MYT
Arab Saudi tewaskan Argentina, Raja Salman umum cuti
Pemain Argentina Lionel Messi meninggalkan padang ketika pemain Arab Saudi melakukan sujud syukur selepas mencatatkan kemenangan bersejarah ketika perlawanan Piala Dunia 2022. - Foto AP
RAJA Salman Abdulaziz al-Saud mengisytiharkan Rabu sebagai cuti umum di Arab Saudi bagi meraikan kejayaan skuad The Falcons menewaskan Argentina 2-1 dalam aksi sulung Kumpulan C Piala Dunia di Qatar pada Selasa.
Cuti umum itu tertaktuk kepada semua pekerja kerajaan, sektor swasta serta pelajar di seluruh negara itu.
Arab Saudi yang menghuni tangga ke-51 dunia melakar kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak dunia apabila menewaskan juara dunia dua kali, Argentina.
Gol kemenangan wakil dari Asia itu hasil ledakan Saleh Al Shehri dan Salim Al Dawsari, manakala gol saguhati Argentina dijaringkan pemain bintang, Lionel Messi.
Skuad The Falcons akan membuat perhitungan dengan Mexico dalam aksi kedua kumpulan pada Sabtu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#Raja Salman Abdulaziz a-Saud
#The Falcons
#Argentina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan