awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya

Bernama
Bernama
11/06/2023
00:15 MYT
ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Pasukan ragbi 15 sepasukan tewas 9-88 kepada Hong Kong pada aksi terakhir di Stadium Kelab Bolasepak Hong Kong, 10 Jun 2023. - Facebook Malaysia Rugby
KUALA LUMPUR: Pasukan ragbi 15 sepasukan (15's) negara menamatkan kempen Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 tanpa sebarang kemenangan selepas tewas 9-88 kepada Hong Kong pada aksi terakhir di Stadium Kelab Bolasepak Hong Kong semalam.
Pasukan negara diberi julukan skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia, apabila ketinggalan 6-45 pada separuh masa pertama selepas Hong Kong melakukan satu penalti diikuti masing-masing enam try dan conversion.
Enam mata berjaya dicuri pasukan negara pada babak pertama disumbangkan Mohd Fairuz Ab Rahman selepas tenang menyempurnakan penalti masing-masing pada minit ke-16 dan minit ke-22.
Bersambung babak kedua, Hong Kong yang diperkuat barisan pemain naturalisasi terus rancak mengasak kubu pasukan negara apabila melakukan tujuh try dan empat conversion sementara Malaysia hanya berjaya mencuri tiga mata menerusi penalti Mohd Fairuz pada minit ke-37.
Pemain Hong Kong, Sebastian Brien muncul pemain terbaik perlawanan selepas melakukan keseluruhan lima try sementara Gregor McNeish mempamerkan kualiti teknik yang dimiliki apabila menyempurnakan tujuh conversion.
Sabtu lepas, skuad Bunga Raya bimbingan Mohd Farid Syazwan Abu Bakar yang menghuni kedudukan ke-49 dalam ranking dunia tumpas 3-27 kepada Korea Selatan pada aksi sulung kejohanan di Stadium Saidina Hamzah, Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM).
Hong Kong akan melayani kunjungan Korea Selatan pada aksi terakhir dalam merebut gelaran kejohanan pada Sabtu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#Ragbi
#ARC 2023
#skuad bunga raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan