awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan

Bernama
Bernama
03/06/2023
16:13 MYT
ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Perlawanan dihentikan pada minit ke-66 berikutan keadaan hujan berserta petir melanda kawasan stadium. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) di sini, pada Sabtu.
Memiliki jurang perbezaan daripada segi ranking, skuad negara di tangga ke-49 dunia bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong, selepas Mohd Fairuz Ab Rahman melengkapkan penalti pada minit ke-17 dalam memberikan tentangan buat gergasi Asia itu, yang berada di ranking ke-30 dunia.
Manakala 27 mata Korea Selatan, disumbangkan Yongcheung Chang yang menghasilkan satu try (minit kedua), diikuti Kimin Kim satu try pada minit ke-28, serta dua conversion (minit ke-40 dan ke-43), Geon Lee satu try (minit ke-39) dan Jeongwook Hwang satu try (minit ke-42).
Perlawanan dihentikan pada minit ke-66 berikutan keadaan hujan berserta petir melanda kawasan stadium, sebelum kembali bersambung 50 minit kemudian dan terpaksa ditamatkan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Ketua Jurulatih Skuad 15s, Mohd Farid Syazwan Abu Bakar, berpuas hati dengan disiplin dan semangat ditampilkan barisan pemainnya biarpun berdepan kesuntukan masa, dalam mempersiapkan pasukan.
"Perasaan sedikit kecewa sebab skuad telah bekerja keras, namun banyak perkara positif saya nampak dalam perlawanan ini dan boleh dibawa ke perlawanan akan datang, apabila pemain-pemain khususnya yang pertama kali mewakili negara, cepat serasi bermain di peringkat yang tinggi," katanya.
Selepas ini, skuad Bunga Raya dijadualkan bertemu juara bertahan Hong Kong pada 10 Jun di Stadium Bola Sepak Hong Kong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penalti
#Ragbi
#UIAM
#tewas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan