awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arif Aiman tiada dalam senarai ke Sukan SEA Kemboja

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2023
09:35 MYT
Arif Aiman tiada dalam senarai ke Sukan SEA Kemboja
Pelbagai pihak sudah menjangkakan Arif Aiman (tengah) mungkin tiada dalam senarai kerana temasya dwitahunan tersebut berada di luar kalendar FIFA.- Foto Stadium Astro
SKUAD Bawah 22 Tahun (B-22) negara terpaksa melupakan khidmat pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi apabila namanya tiada dalam senarai pasukan untuk ke Sukan SEA Kemboja bulan depan.
Pelbagai pihak sudah menjangkakan pemain berusia 20 tahun itu mungkin tiada dalam senarai kerana temasya dwitahunan tersebut berada di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Susulan ketiadaan kelibat pemain kelahiran Pahang itu, skuad junior negara menyandarkan harapan kepada tonggak tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal yang kembali disenaraikan oleh jurulatih, E Elavarasan.
Mukhairi terpaksa diketepikan daripada aksi di Piala Merlion 2023 di Singapura, bulan lalu akibat jangkitan perut.
Menerusi senarai skuad itu, Elavarasan dilihat mengekalkan majoriti pemain yang membantu negara merangkul Piala Merlion 2023 selepas menewaskan Hong Kong 2-1 di pentas final.
Bagi panggilan kem latihan pusat kali ini, ia dibahagikan kepada dua fasa - Fasa 1 yang menetapkan kesemua pemain melaporkan diri bermula Rabu untuk sesi latihan sehingga Jumaat.
Pemain akan diberi cuti Hari Raya Aidilfitri selama dua hari pada 22 dan 23 April sebelum mereka perlu melapor diri secara berperingkat untuk kem latihan pusat Fasa 2 bermula 24 April depan.
Bagaimanapun senario itu bergantung kepada penglibatan mereka dalam perlawanan Liga Super bersama kelab masing-masing pada minggu tersebut.
Mereka dijadualkan berlepas ke Kemboja pada 2 Mei dan membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos pada 3 Mei, kemudian akan bertemu Thailand (6 Mei), Vietnam (8 Mei) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan menentang Singapura pada 11 Mei.
Sekiranya pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei dan aksi final serta penentuan tempat ketiga dan keempat berlangsung pada 16 Mei.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan skuad muda negara mara ke final Sukan SEA. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas bola sepak Sukan SEA adalah pada tahun 2011. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#skuad bawah 22 tahun
#Sukan SEA Kemboja
#Arif Aiman
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan