Arsenal akan lantik Unai Emery gantikan Arsene Wenger

Astro Awani
Mei 21, 2018 20:39 MYT
Latar belakang Unai Emery sudah dinilai pihak pengurusan Arsenal. - Gambar fail
ARSENAL akan menamakan bekas pengurus Paris Saint-Germain (PSG) dan Sevilla, Unai Emery, sebagai pengganti Arsene Wenger, lapor pelbagai media pada Isnin.
Portal berita The Guardian melaporkan, Arsenal sudahpun membuat beberapa persiapan terakhir untuk pelantikan tersebut.
Kelab berkenaan sudah menjalankan proses yang menyeluruh untuk memuktamadkan penyandang baharu bagi menggantikan Wenger, yang telah berkhidmat selama hampir 22 tahun.
Koresponden dan wartawan dari BBC, David Ornstein, juga melaporkan perkara itu menerusi akaun Twitternya:

BREAKING: Arsenal to appoint Unai Emery as new manager. Thorough process produced 46yo Spaniard as unanimous choice. Available after leaving #PSG (1 Lg1 title, 4 cups), previously Sevilla (3 EL wins), not fluent English. Announcement + press conference likely later this week #AFC

— David Ornstein (@bbcsport_david) May 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, pembantu jurulatih Manchester City Mikel Arteta turut disebut-sebut untuk mengambil tempat Wenger, malah bekas kapten Arsenal itu mendapat 'restu' daripada Pep Guardiola untuk meneruskan kerjaya pengurusan di Emirates.
Meskipun Arteta bukan calang-calang calon, ahli lembaga kanan dalam Arsenal dilihat mengalihkan tumpuan kepada Emery minggu lalu susulan perbincangan dengan figura berusia 46 tahun tersebut.
Emery sudah mengumpul pelbagai pengalaman sejak tahun 2005, dengan memulakan karier bersama kelab Lorca Deportiva di Sepanyol.
Pada penghujung musim ini, Emery akan mengucapkan selamat tinggal kepada PSG.
#Arsenal #Arsene Wenger #bola sepak #pengurus #PSG #Unai Emery