awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
Disney bayar denda AS$10 juta selesai dakwaan langgar privasi kanak-kanak
Guatemala catat penurunan deportasi 23 peratus, 55,000 warga dihantar pulang sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal benam Aston Villa 4-1, kukuhkan kedudukan pendahulu liga

Agensi
Agensi
30/12/2025
22:50 MYT
Arsenal benam Aston Villa 4-1, kukuhkan kedudukan pendahulu liga
Gabriel Jesus meraikan jaringan gol keempat Arsenal bersama Leandro Trossard dan Martin Zubimendi. - Gambar Reuters
LONDON: Arsenal terus mengukuhkan kredibiliti sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila membelasah Aston Villa 4-1 di Stadium Emirates, sekali gus mengekalkan kedudukan teratas menjelang tahun baharu.
Selepas babak pertama yang tampak berisiko menentang Villa yang hadir dengan rekod 11 kemenangan berturut-turut, Arsenal mula menguasai permainan sebaik sahaja separuh masa kedua bermula.
Gabriel Magalhaes membuka tirai jaringan pada minit ke-48 hasil sepakan sudut, sebelum Martin Odegaard melorongkan bola cantik untuk Martin Zubimendi menambah gol empat minit kemudian.
Leandro Trossard memastikan tiga mata milik Arsenal dengan rembatan dari luar kotak penalti, manakala Gabriel Jesus yang masuk sebagai pemain gantian menambah gol keempat. Ollie Watkins sekadar meraih gol saguhati buat Villa pada masa kecederaan.
Kemenangan ini meletakkan Arsenal lima mata di depan Manchester City yang akan beraksi menentang Sunderland pada Khamis.
Villa kekal di tangga ketiga, enam mata di belakang Arsenal, selepas mencatat kekalahan pertama dalam tempoh hampir dua bulan.
Topic Berkaitan
#Liga Perdana Inggeris
#Arsenal
#Aston Villa
#Gabriel Magalhaes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan