Arsenal beri kepercayaan kepada Arteta sebagai pengurus kelab

Astro Arena
September 11, 2020 03:24 MYT
Mikel (gambar) telah memacu bola sepak ke hadapan, kata Vinai Venkatesham. - Gambar fail
ARSENAL meletakkan kepercayaan kepada Mikel Arteta dan memberikan pengendali kelahiran Sepanyol itu telah menjadikan dia sebagai pengurus pasukan utama.
Arteta dilantik sebagai ketua jurulatih Disember lalu selepas menggantikan Unai Emery dan bekas pemain tengah Arsenal itu telah membawa Arsenal memenangi Piala FA dan Perisai Komuniti, sementara memastikan slot ke Liga Europa.
Penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang, turut dijangka menandatangani kontrak baru untuk kekal di Stadium Emirates selepas masa depannya dalam keraguan, menjelaskan impak Arteta merupakan hasil kejayaan pasukan di London.
Kini, Arteta telah diberi penghargaan dengan pertukaran jawatan menjelang musim 2020-21 -- pengendali berusia 38 tahun itu dan Edu akan menguruskan setiap aspek skuad utama Arsenal, termasuk analisis, meninjau dan mendapatkan pemain.
"Mikel telah bersama Arsenal Disember lalu dan selepas sembilan yang lalu merupakan tempoh yang paling sukar dihadapi dalam sejarah Arsenal -- dan kami telah bersaing hampir 134 tahun.
"Di sebalik cabaran yang perlu dihadapi, Mikel telah memacu bola sepak ke hadapan," kata ketua eksekutif Arsenal Digital, Vinai Venkatesham.
"Dia telah meningkatkan semangat dan tenaga di London Colney dan penyokong Arsenal di seluruh dunia. Dia telah melakukan tugas dengan cemerlang.

Mikel Arteta's job title has changed from head coach to first-team manager. Read more from Vinai Venkatesham and Edu Gaspar

— Arsenal (@Arsenal) September 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia telah menjalankan tugas dengan baik melatih skuad utama dan itu merupakan tanggungjawab utamanya tetapi terdapat lebih lagi yang mampu dibawa masuk oleh Arteta dan itu merupakan sebab kami melakukan pertukaran dalam menghargai kemampuannya."
Arsenal bakal membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Fulham esok.
#Arsenal #bola sepak #Edu #kontrak #Mikel Arteta #pengurus #pertukaran jawatan #Piala FA #Pierre-Emerick Aubameyang #sepanyol #Unai Emery #Vinai Venkatesham