SUKAN

Arsenal bina surau buat pemain di Stadium Emirates

Astro Arena 12/03/2024 | 22:15 MYT
Ruangan untuk solat di Stadium Emirates dirasmikan oleh pemain tengah, Mohamed Elneny. - Foto X/Mohamed ELNeny
ARSENAL telah membina surau di Stadium Emirates mereka untuk membolehkan pemain menunaikan solat.

Ruangan untuk solat untuk telah dirasmi oleh pemain tengah, Mohamed Elneny.

"Saya sangat berbangga kerana telah membuka ruang solat kami untuk pemain di Stadium Emirates.

"Ruang untuk meditasi dan berdoa ini akan mengubah kehidupan pemain Arsenal pada akan datang.

"Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan dan semua mereka yang menyumbang kepada merealisasikan projek ini," kata pemain antarabangsa Mesir itu di X.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Arsenal ketika ini berada di puncak Liga Perdana Inggeris ketika berbaki 10 perlawanan. - Stadium Astro




#Arsenal #Stadium Emirates #surau Stadium Emirates #Mohamed Elneny