Arsenal kalahkan Chelsea untuk muncul juara Perisai Komuniti

Agensi
Ogos 6, 2017 16:31 MYT
Arsenal muncul juara Perisai Komuniti selepas menang penentuan sepakan penali 4-1 menewaskan juara Liga Perdana, Chelsea. - Foto AP/Kirsty Wigglesworth
Juara Piala FA, Arsenal muncul juara Perisai Komuniti FA Inggeris selepas menang menerusi penentuan sepakan penali 4-1 menewaskan juara Liga Perdana, Chelsea malam ini.
Olivier Giroud muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan Arsenal dalam penentuan sepakan penalti.
Pemain Chelsea, Victor Moses sebelum itu membuka jaringan pada minit ke 46 sebelum pemain gantian Arsenal Sead Kalasinac menyamakan kedudukan pada minit ke 82.
Tamat masa penuh perlawanan, kedua-dua pasukan terikat satu sama.
Memaksa penentuan penalti yang berpihak kepada Arsenal.
#Arsenal #charity shield #Chelsea #Piala FA