awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal mampu mencabar kejuaraan

Astro Arena
Astro Arena
24/05/2018
00:33 MYT
Arsenal mampu mencabar kejuaraan
EMERY: Saya mengenali kesemua pemain dan berasa mereka semua penting. - Foto Astro ARENA
PENGURUS baru Arsenal, Unai Emery, percaya dirinya telah memiliki barisan pemain yang mampu untuk mencabar kejuaraan.
Bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) dan Sevilla itu akan mengendalikan pasukan tanpa aksi Liga Juara-Juara Eropah selepas musim terakhir Arsene Wenger menyaksikan The Gunners mengakhiri saingan liga di tangga keenam liga.
Emery telah menarik perhatian panel pemilihan daripada Ketua Eksekutif, Ivan Gazidis, Ketua Bahagian Pengambilan, Sven Mislintat, serta Ketua Perhubungan Bolasepak, Raul Sanllehi, untuk ditawarkan kontrak kerusi panas di Arsenal.
Pengendali berusia 46 tahun itu yakin perubahan besar tidak perlu dilakukan di Emirates dan berpuas hati dengan kualiti barisan pemain yang dimiliki.
"Saya mengenali kesemua pemain dan berasa mereka semua penting. Saya rasa saya mahukan semua pemain," katanya.
"Saya akan bersama mereka seperti sekarang dan akan menemui mereka seorang demi seorang.
"Saya juga percaya kepada setiap pemain yang berada di sini. Objektif yang utama adalah berusaha keras bersama kelompok pemain berbakat ini."
Arsenal memenangi tiga Piala FA dalam lima musim terakhir bimbingan Wenger, namun mereka dilihat semakin menjauhi persaingan kejuaraan liga, sekaligus menjadi satu keutamaan Emery untuk mengubahnya.
"Setiap kejuaraan yang ada pada musim depan akan kami sertai untuk mencabarnya.
"Ia sesuatu yang penting buat kelab setelah kehilangan tempat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah."
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Arsene Wenger
#bola sepak
#Emirates
#Liga Juara-Juara Eropah
#pemain
#pengurus
#Piala FA
#Unai Emery
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan