Arsenal perlu segera bangkit menjelang pertemuan pertama pusingan 16 akhir menentang Bayern Munich, awal pagi Rabu.

Semangat skuad kendalian Arsene Wenger itu amat rendah ketika ini susulan kekalahan kepada Blackburn Rovers dalam saingan Piala FA Inggeris tempoh hari.

Kekalahan itu bermakna hanya saingan liga juara-juara menjadi penentu sama ada Arsenal mampu meraih trofi musim ini.

Jika gagal, kemarau kejuaraan buat kelab London itu akan berlanjutan selama lapan tahun.

Kerisauan utama Wenger bagi pertemuan ini adalah barisan pertahan, dengan Laurent Koscielny dilaporkan mengalami kecederaan betis.

Lantas tahap kecergasan pemain antarabangsa perancis itu akan dipantau penuh teliti oleh pasukan perubatan Arsenal.

Sementara pemain baru, Nacho Monreal tidak dapat diturunkan kerana telah beraksi bersama malaga dalam kempen sama sebelum ini.

Turut tidak beraksi, seorang lagi pemain pertahanan Kieran Gibbs yang dilanda kecederaan peha.