Arsenal rombak pasukan di Prague

Viktor Gyokeres (dua, kiri) yang mengalami kecederaan otot bakal diketepikan di Prague dan perkembangan itu membuka ruang buat Mikel Merino diturunkan sebagai penyudah. - REUTERS
ARSENAL memburu kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) apabila turun menentang Slavia Prague di Republik Czech awal pagi nanti (1.45 pagi waktu Malaysia).
The Gunners memulakan kempen Eropah musim ini dengan tiga kemenangan berturut-turut dan kekal sebagai pilihan untuk meneruskan rentak positif, meskipun Mikel Arteta dijangka melakukan beberapa pertukaran penting.
David Raya hampir pasti mengetuai benteng terakhir, selepas mempamerkan prestasi hebat termasuk rekod tanpa bolos dalam UCL setakat ini.
William Saliba dan Gabriel Magalhaes kekal mengemudi pertahanan tengah, manakala Myles Lewis-Skelly dijangka terus mengisi posisi bek kiri.
Ben White pula berpotensi kembali di bek kanan menggantikan Jurrien Timber.
Di bahagian tengah, penggantungan Martin Zubimendi membuka ruang buat Christian Norgaard mengambil alih peranan bertahan, manakala Declan Rice kekal mengemudi bahagian tengah yang lebih dinamik.
Eberechi Eze turut berada dalam pertimbangan untuk kembali sebagai penghubung serangan.
Sementara itu, Viktor Gyokeres yang mengalami kecederaan otot bakal diketepikan di Prague dan perkembangan itu membuka ruang buat Mikel Merino diturunkan sebagai penyudah selepas beraksi baik ketika masuk sebagai pemain gantian ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Burnley di Turf Moor pada Sabtu lalu. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


