Arteta mahu Arsenal perbaiki kesilapan

Astro Arena
Mac 12, 2021 03:11 MYT
Reaksi Mikel Arteta ketika perlawanan aksi pertama pusingan 16 Liga Europa antara Olympiacos dan Arsenal di Stadium Karaiskakis, Piraeus, Greece, 11 Mac, 2021. REUTERS
MIKEL Arteta menuntut Arsenal mengurangkan kesilapan ketika bertahan walaupun gembira dengan prestasi keseluruhan pasukannya menentang Olympiacos dalam saingan Liga Europa.
Arsenal cemerlang dalam usaha mendapatkan tempat dalam suku akhir UEL selepas menang 3-1 dalam aksi pertama pusingan 16 di Athens, hasil jaringan daripada Gabriel dan Mohamed Elneny pada penghujung permainan.
Martin Odegaard meledak jaringan pembukaan dan sulung buat Arsenal selepas dipinjamkan daripada Real Madrid.
Terdapat siri kesilapan dipamerkan barisan pemain Arsenal sehingga mereka dibocori menerusi jaringan Youssef El-Arabi tetapi Arteta menegaskan tiada isu melibatkan sistem permainan Arsenal tetapi berharap mereka mampu mempertingkatkan lagi mutu permainan.
"Kami memulakan permainan dengan sangat baik, sangat dominan, menciptakan banyak peluang, kami mungkin dapat menjaringkan dua atau tiga sekurang-kurangnya pada babak pertama, tetapi kami memberi mereka dua peluang," katanya kepada BT Sport.
"Secara keseluruhan, perkara positif, persembahan yang sangat positif tetapi kita harus berhenti membuat kesalahan, kerana kita tidak dapat mempertahankannya pada tahap ini.
"Ini bukan tumpuan, ini tentang ketika anda bermain bola. Ini bukan mengenai struktur, membuat keputusan, ini adalah mengenai ketika anda bermain bola."

8 - Arsenal have won eight of their nine UEFA Europa League games this season (D1), and are the highest scorers in the competition so far this term (27 goals). Control.

— OptaJoe (@OptaJoe) March 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Mikel Arteta #Arsenal #Real Madrid #Olympiacos #Liga Europa #kesilapan