awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arul berdepan fasa sukar bersama skuad kebangsaan

Astro Arena
Astro Arena
06/11/2023
22:00 MYT
Arul berdepan fasa sukar bersama skuad kebangsaan
ARUL: Saya perlu mencari jalan penyelesaian kerana ini adalah tugas saya, dengan 10 pemain sekalipun, saya tetap akan menjalankan latihan. - Foto Astro ARENA
'INI fasa paling sukar sebagai jurulatih.'
Demikian luahan ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj, selepas melewati siri masalah kecederaan pemain.
Situasi tersebut membuatkan Arul terpaksa fokus kepada latihan berskala kecil dengan hanya melibatkan 12 orang pemain.
Selebihnya masih lagi tidak dapat bersama sesi latihan intensif minggu ini, dengan pemain seperti Faizal dan Fitri Saari serta Najmi Farizal Jazlan terpaksa disisihkan.
Masalah kecederaan seringkali melanda kem negara, sehingga membuatkan Arul terpaksa menaruh harapan terhadap pemain muda.
Apakah yang sebenarnya berlaku?
Apakah corak latihan terlalu keras, atau, program pemerkasaan kondisi pemain tidak berada di tahap optimum?
"Ia adalah fasa yang paling sukar. Kami ketiadaan pemain yang cukup untuk melakukan apa-apa ketika ini," kata Arul menerusi Nadi Arena.
"Namun saya perlu mencari jalan penyelesaian kerana ini adalah tugas saya. Dengan 10 pemain sekalipun, saya tetap akan menjalankan latihan.
"Saya telah berbincang dengan pasukan perubatan pasukan mengenai pemain yang mengalamikecederaan dan saya berharap mereka dapat kembali pulih bagi menjalani persiapan bersama pasukan."
Topic Berkaitan
#hoki
#Arul Selvaraj
#pemain cedera
#ketua jurulatih hoki negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan